PERNAH dikatakan antara petua penjimatan tenaga elektrik adalah mencabut plug sekiranya suatu peralatan itu tidak digunakan. Kebiasaannya orang ramai hanya akan menutup suis, namun ternyata itu sahaja tidak mencukupi kerana sesetengah peralatan masih menyimpan tenaga elektrik walaupun sudah dimatikan suisnya. Ayuh kita ikuti penjelasan lanjut oleh juruteknik dikenali sebagai Abang Elektrik di laman TikTok. Fenomena phantom power Menurutnya, phanton power atau juga dikenali sebagai standby power merujuk pada aliran elektrik yang masih memasuki peralatan walaupun sudah dimatikan suis. "Tak semua perkakas elektrik akan mengalami kejadian macam ni, hanya sesetengah. Antara peralatan elektrik yang saya boleh pastikan betul berlakunya phantom power ni adalah mesin basuh jenis front load. Mesin basuh muatan hadapan. -Gambar hiasan "Jadi kenapa boleh berlaku macam tu? Sebabnya papan pendawaian (PC Board) mesin basuh tu tetap menyedut tenaga elektik walaupun dalam keadaan tidak aktif. "PC Board tu tersilap kerana beranggapan dalam mesin basuh masih ada baju dan air walaupun sudah selesai digunakan. "Hanya apabila mesin basuh dimatikan dan dicabut plug selama 15 minit baru PC Board tu akan reset semula," jelas Abang Elektrik. Tabiat cabut plug Menutup bicara, Abang Elektrik berkata jaminan yang paling selamat adalah untuk mencabut terus plug supaya kejadian phantom power tidak berlaku pada peralatan elektrik yang lain. "Ramai antara kita yang selalu lupa tutup suis terutamanya selepas mengecas telefon, jadi elok biasakan diri untuk cabut je plug selepas habis guna. "Akan selesai masalah terlupa tutup suis semua ni," ujar Abang Elektrik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube