suria

Rumah besar tapi nampak ‘murah’, serba tak kena... Rupanya banyak buat silap, pilih rak kasut pun gagal!

Rumah sebagai tempat tinggal perlu dijaga dengan sebaiknya. -Gambar hiasan

RUMAHKU syurgaku.

Kediaman yang menjadi tempat berlindung daripada hujan dan panas pastinya akan dipastikan sentiasa berada dalam keadaan selesa.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Pejuang Rumah ID, ada dikongsikan petua untuk mengelakkan rumah anda kelihatan 'murah'.

Mudah sahaja dan anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar, ayuh kita lihat!

Rak kasut tertutup lebih sedap mata memandang.

1) Rak kasut tertutup

Elakkan menggunakan rak kasut jenis terbuka kerana akan kelihatan semak apabila kasut dihimpunkan secara selambak.

Rumah kelihatan lebih terurus sekiranya koleksi kasut disimpan secara tertutup di dalam almari.

Perbandingan antara lukisan hiasan saiz kecil dan saiz besar.

2) Lukisan hiasan bersaiz besar

Rumah akan bertambah serinya apabila lukisan hiasan yang menarik digantung pada dinding.

Namun lukisan hiasan bersaiz besar adalah lebih disarankan berbanding kecil.

Ia berikutan lukisan hiasan bersaiz kecil cenderung untuk digantung secara berkelompok pada dinding sehingga menjadikan rumah nampak berserabut.

Langsir pendek membuatkan dinding rumah kelihatan bertelanjang.

3) Langsir panjang sehingga menyentuh lantai

Langsir pendek yang hanya menutupi separa tingkap menyebabkan rumah kelihatan 'terbantut'.

Manakala langsir panjang yang meliputi tingkap secara menyeluruh adalah lebih elegan.

Keadaan rumah lebih kemas apabila wayar disembunyikan.

4) 'Tanam' wayar

Tip ini bermaksud kabel elektrik disorokkan di sebalik perabot atau langsir supaya tidak dapat dilihat dengan pandangan mata.

Jangan sesekali membiarkan wayar berselirat di atas lantai secara terbuka kerana boleh mencacatkan keindahan rumah anda.

Warna terang di dalam rumah boleh menjolok mata.

5) Pilihan cat warna neutral

Jangan campurkan terlalu banyak warna untuk dalaman rumah, kelak akan kelihatan seperti premis taska dan restoran tomyam.

Utamakan warna neutral seperti kelabu, hitam dan putih.

Lampu berwarna kuning adalah lebih mendamaikan.

6) Lampu jenis diod pemancar cahaya (LED)

Sudah tamat zaman menggunakan lampu putih yang kelihatan kosong, lampu LED dengan warna kekuningan menjadikan rumah lebih moden. - Pejuang Rumah ID

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain