suria

Wanita beri pesanan cara minum air zam zam di Makkah, bantu hindar jangkitan penyakit

Air zam zam di Makkah boleh diminum sesiapa sahaja yang menjadi tetamu Allah.

SEBAIK-baik minuman di muka bumi ini adalah air zam zam yang sumbernya terletak di Kota Makkah Al-Mukarramah.

Bagi mereka yang pernah dijemput menjadi tetamu Allah, pastinya dapat melihat banyak dispenser air zam zam diletakkan di setiap penjuru Masjidil Haram.

Di sebelah dispenser tersebut turut disediakan cawan pakai buang untuk orang ramai bersama minum air zam zam.

Dispenser air zam zam tersedia untuk kegunaan semua jemaah. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Kak Hajjah, ada dikongsikan satu peringatan kepada jemaah haji atau umrah ketika menggunakan dispenser air zam zam ini.

Menurut Kak Hajjah, penting untuk pesanan ini disampaikan kerana ia melibatkan soal kebersihan dan mengelakkan risiko penyebaran wabak berjangkit.

"Saya beritahu ni, kalau nak minum air zam zam, jangan ambil cawan paling atas. Sebab ada sesetengah jemaah tak bertanggungjawab, lepas selesai minum dia pergi letak balik cawan yang sudah digunakan dekat situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda boleh berlengah, tak perlu kerap servis aircond jika tukar setting remote setiap hari... Ini penjelasannya!

"Patutnya cawan terpakai diletakkan dalam satu lubang khas di sebelah dispenser air zam zam, nanti pekerja pembersihan Masjidil Haram akan kutip.

"Saya selalu nampak benda ni terjadi depan mata saya. Oleh itu, jadikan kebiasaan kalau nak minum air zam zam di Masjidil Haram, ambil yang bawah-bawah sikit.

"Supaya kita tak tersilap gunakan cawan yang bekas jemaah lain punya," jelas Kak Hajjah.

Maklum balas netizen

"Terima kasih atas perkongsian, boleh lebih beringat selepas ni kalau berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci. Ini soal kebersihan.

"Air liur jemaah lain bukanlah kotor sampai tahap najis, tapi tetaplah geli kalau kita nak berkongsi.

"Sedangkan minum air dari gelas kawan pun kita fikir dua tiga kali, inikan pula orang yang kita langsung tak kenal," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain