suria

Tak selesa, geli nak ‘membuang’ cacing muncul dalam tandas... Boleh hapus guna salah satu daripada 6 bahan ini

Penampakan cacing di dalam tandas. -Gambar hiasan

CACING menggemari kawasan tandas kerana sentiasa basah dan bersuhu lembab.

Haiwan ini kebiasaannya dilihat muncul dari celahan lantai simen atau jubin bilik air.

Walaupun tidak membawa sebarang mudarat, tetapi kehadiran haiwan ini akan menyebabkan tandas dianggap kotor dan ada juga yang berasa jijik serta geli.

Ayuh kita lihat beberapa tip mudah yang anda boleh cuba untuk menghindari kehadiran cacing ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah kongsi 3 bahan wajib ketika mop lantai, pasti berkilat macam cermin!

1) Garam

Taburkan garam di lantai dan lubang bilik air, boleh lakukan secara berkala.

Selain itu anda juga boleh mencampurkan garam dengan air panas dan mencurahkannya ke seluruh tandas.

Air garam itu juga boleh dimasukkan ke dalam botol dan disembur pada dinding bilik air, lakukannya setiap malam atau seminggu sekali mengikut betapa kerap cacing muncul di dalam tandas.

2) Peluntur

Mula-mula siramkan air paip ke seluruh bahagian tandas untuk membasahkannya, kemudian sembur cecair peluntur pada lantai serta dinding bilik air.

Namun sentiasa berhati-hati kerana peluntur mempunyai bahan kimia yang kuat sehingga boleh memedihkan mata atau kesan sampingan lain.

3) Cuka

Sembur atau curah cuka ke lantai dan dinding bilik air.

Alternatif yang lebih selamat berbanding peluntur.

4) Pembersih grout

Ia adalah sejenis agen pencuci yang kebiasaannya digunakan untuk menanggalkan kotoran degil pada lantai.

Namun turut efektif bagi membunuh cacing yang bersembunyi di sebalik celahan jubin lantai.

Demonstrasi penggunaan cat epoxy. -Gambar hiasan

5) Cat epoxy

Sejenis cat yang digunakan untuk menjadikan suatu permukaan itu kalis air bagi menghalang sebarang kebocoran.

Juga berkesan bagi mencegah cacing daripada memasuki tandas.

6) Penurapan

Dapatkan grout dari kedai perkakas, ia adalah sejenis campuran antara pasir, simen dan air.

Letakkannya di celah jubin atau mozek untuk menutup sebarang rongga yang menjadi laluan masuk cacing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain