suria

Rupanya ada teknik mudah ‘cuci’ minyak masak terpakai sampai jernih - “Kami di restoran pun guna”

Minyak masak digunakan berulang kali mempunyai banyak risiko kesihatan. -Gambar hiasan

MINYAK masak terpakai kebiasaanya mempunyai mendapan serdak dari sisa makanan yang digoreng.

Bukan itu sahaja, minyak masak yang telah digunakan juga akan menjadi kehitaman dan bahaya untuk kesihatan.

Melalui satu hantaran di laman TikTok @thunderstonedistribution, ada dikongsikan petua mudah bagi mengasingkan sisa-sisa ini daripada minyak.

Cara yang diajar ini akan menjadikan minyak terpakai menjadi jernih seperti baharu, pasti hati terasa lebih seronok untuk memasak di dapur.

Ayuh kita lihat!

Kotoran di dalam minyak akan melekat pada tepung yang digoreng.

Bahan-bahan:

1) Tepung

2) Air

3) Bekas kosong

Langkah-langkah:

1) Masukkan setengah mangkuk tepung dan setengah mangkuk air ke dalam bekas.

2) Adun sehingga rata

3) Panaskan minyak sampai 60 peratus suhunya

4) Masukkan bancuhan tepung ke dalam minyak dan goreng sehingga kesemua kotoran diserap

5) Angkat gumpalan tepung tersebut, kini minyak masak akan kelihatan lebih bersih

Hasil selepas gorengan tepung.

Maklum balas netizen

"Ya betul, kami di restoran selalu buat macam ni juga, minyak akan lebih bertahan lama sebelum kena tukar baharu.

"Kalau minyak masak bersih baru makanan lebih elok," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain