suria

Sudah ‘berkurun’ buat silap! Rupanya berus gigi tak boleh letak rapat-rapat, kena jarak satu inci

Berus gigi boleh menjadi 'rumah' untuk pelbagai mikroorganisma. -Gambar hiasan

GIGI perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan jangkitan bakteria.

Antara amalan yang menjadi kelaziman adalah memberus menggunakan ubat gigi dan juga berkumur.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Klinik Pergigian Firdaus (KPF), ada dikongsikan beberapa teguran kepada masyarakat tentang cara menggunakan berus gigi dengan betul.

Menurut KPF, jika kebiasaan tersebut tidak diubah, kuman akan membiak dengan rancak pada berus gigi seterusnya menyebabkan anda senang jatuh sakit.

"Jangan buat tiga perkara ini dengan berus gigi anda," ujar KPF.

Berus gigi menjadi kotor kerana percikan air mangkuk tandas. -Gambar hiasan

1) Berkongsi bekas berus gigi

Walaupun kelihatan remeh, elakkan daripada meletakkan berus gigi di dalam satu bekas yang sama.

"Tak kisah la adik-beradik atau rakan, jangan biarkan berus gigi masing-masing berada dekat antara satu sama lain.

"Kalau ada satu individu yang mulutnya kotor atau tak sihat, bakteria dalam berus gigi dia senang melompat ke orang lain punya, terutamanya apabila berus gigi tu bersentuhan.

"Pastikan jarak antara setiap berus gigi sekurang-kurangnya satu inci," jelas KPF.

2) Mangkuk tandas

Berus gigi selalunya akan diletakkan di singki yang berhampiran dengan mangkuk tandas.

"Tahukah anda, setiap kali kita flush selepas membuang, partikel air yang kaya dengan bakteria akan memercik keluar ke serata tempat.

"Kalau terkena pada berus gigi dan kemudian kita pula masukkan ke dalam mulut, bayangkan betapa jijiknya. Sebab tu letakkan sejauh mungkin berus gigi dari mangkuk tandas.

"Atau satu lagi alternatif, tutup mangkuk tandas setiap kali sebelum flush," jelas KPF.

3) Jangka hayat berus gigi

Jangan gunakan berus gigi melebihi empat bulan

"Setiap tiga hingga empat bulan, pastikan tukar berus gigi tu," ujar KPF.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain