DIABETES merupakan masalah kesihatan yang lazim menimpa masyarakat. Kebiasaannya saringan diabetes boleh dibuat di hospital atau klinik supaya rawatan awal dapat dimulakan sebelum ia melarat. Melalui satu perkongsian oleh jurulatih kecergasan peribadi dikenali sebagai Mira di laman X, ada dikongsikan beberapa simptom diabetes yang sering disalah dianggap sebagai perkara biasa. Ayuh ikuti sebagai peringatan. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ingat minum air kosong boleh ‘bilas’ minuman manis dalam badan... Jangan percaya teori merepek! 1) Kerap membuang air kecil serta sering berasa haus 2) Mempunyai daki kehitaman di sekitar leher 3) Mudah berasa kebas pada bahagian tangan atau kaki 4) Badan sering kelesuan dan lemau 5) Senang berasa lapar 6) Mata menjadi kabur Sekiranya anda mempunyai kebanyakan simptom di atas, segera dapatkan khidmat nasihat doktor perubatan. "Kadang tu memang kita tak perasan, tahu-tahu dah ada diabetes. Jadi lebih baik sentiasa berjaga-jaga," ujar Mira Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube