suria

9 tahun amalkan, wanita kongsi petua mudah bangun pagi... Badan tak lesu, segar sampai petang

Tidur lena boleh terganggu kerana pelbagai faktor. -Gambar hiasan

MENGIMBANGI antara kerjaya dan kehidupan peribadi satu perkara yang sukar dijadikan amalan.

Setiap pagi ketika membuka mata, ramai dalam kalangan kita akan berasa lesu untuk memulakan hari baharu yang penuh cabaran.

Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita berkongsikan petua diamalkannya yang dikatakan mujarab membantu badan menjadi lebih segar bagi mengharungi rutin harian.

"Saya dah guna cara ini selama sembilan tahun. Alhamdulillah boleh bangun seawal pukul 4.30 pagi dalam keadaan bertenaga, tak mengantuk langsung," ujarnya.

Ayuh kita ikuti perkongsiannya!

Rehat mencukupi penting untuk kesihatan jangka masa panjang. -Gambar hiasan

Penjagaan waktu tidur malam

Menurut wanita berkenaan, dia cuba untuk tidur seawal mungkin supaya tubuhnya boleh mendapat rehat yang mencukupi.

"Selepas je azan Isyak berkumandang, saya terus bangun untuk menunaikan solat dan kemudiannya tidur.

"Seronok sangat macam ni, esoknya tu boleh bangun awal. Saya mandi dalam pukul 5 pagi, terasa segar badan ni," jelasnya

Dalam pada itu, seorang lagi individu turut berkongsikan amalannya yang melibatkan penggunaan telefon pintar sebelum waktu tidur malam.

"Saya pula selepas pukul 6.30 petang tak akan makan berat. Seterusnya pukul 10 malam saya masuk tidur.

"Waktu pukul 10 tu memang dah tiada lagi penggunaan telefon pintar, saya letak gajet jauh-jauh. Banyak eksperimen saya dah cuba, saya rasa ini yang paling menjadi.

"Dah tiada lagi lesu dan rasa sakit badan," terang individu tersebut.

Telefon pintar boleh mengganggu waktu tidur anda. -Gambar hiasan

Maklum balas netizen

"Walaupun banyak komitmen, tapi saya cuba juga untuk berdisiplin jaga waktu tidur. Ini sahaja cara untuk mendapatkan kehidupan yang berkualiti.

"Betul, kalau tidur caca marba, nanti tengah hari mula tersengguk sengguk mengantuk. Akhirnya curi masa waktu lunch sebab nak tidur," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain