suria

Pemilik kenderaan selalu tak sedar, kerap jadi kes haiwan mati dalam enjin... 4 cara ini boleh jadi solusi

Bangkai kucing ditemukan berhampiran enjin sebuah kereta. -Foto Blakart

GEMPAR pada minggu lalu apabila seekor kucing ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati pada bahagian enjin kereta.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh sebuah bengkel detailing iaitu Blakart, dikatakan penemuan tersebut dibuat susulan bau bangkai dihidu pemilik kenderaan.

"Bukan kali pertama terjadi, sebelum ni pernah jumpa bangkai tikus dengan ular. Cuma kesian sebab kali ni kucing pula," ujarnya.

Ayuh kita ikuti beberapa petua yang boleh membantu menyelamatkan haiwan ini daripada terus menjadi mangsa enjin kereta anda.

Enjin merupakan tempat yang kondusif untuk haiwan beristirahat. -Gambar hiasan

1) Buka bonet hadapan pada waktu malam

Haiwan seperti kucing dan tikus gemar mencari tempat yang panas untuk berteduh pada malam hari, demikian itu enjin kereta yang baru dimatikan sangat sesuai bagi keperluan ini.

Sekiranya bonet kereta dibiarkan terbuka, suhu enjin kereta akan cepat menurun sekali gus menghindari haiwan terbabit daripada mencari perlindungan di dalamnya.

Selain itu apabila anda menutup bonet pada keesokan pagi, anda boleh memeriksa sepintas lalu sekiranya terdapat kelibat haiwan di dalam enjin.

Namun sekiranya hendak mengamalkan petua ini, pastikan kereta diparkir di dalam rumah untuk mengelakkan sebarang aktiviti jenayah.

2) Ketuk bonet kereta

Ketuk tiga kali pada badan kereta sebelum bergerak sebagai amaran awal kepada haiwan terbabit untuk melarikan diri.

3) Panaskan enjin

Sebelum memulakan pemanduan, biarkan enjin berjalan selama beberapa minit untuk memberikan masa kepada haiwan berkenaan bangun daripada tidurnya.

4) Jangan tinggalkan makanan di dalam kereta

Selain tempat berteduh yang panas, makanan terbiar juga boleh menjadi pendorong untuk haiwan mendekati kereta anda.

Oleh itu sentiasa jaga kebersihan kereta! - Mast Service Centre

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain