suria

Tiga minggu pun masih segar... Baru tahu begini cara betul simpan salad, lega tak perlu bazir lagi

Sayur salad mempunyai banyak khasiatnya.

SAYUR salad sedap dijadikan hidangan sampingan bersama menu utama.

Lebih menyelerakan sekiranya salad tersebut dihidangkan dalam keadaan segar supaya dapat dirasai kerangupannya.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Nur Fitriyana, ada dikongsikan petua mudah bagi mengekalkan kesegaran sayur salad walaupun disimpan selama berminggu-minggu di dalam peti sejuk.

"Sudah dua hingga tiga minggu simpan salad ni, tetap fresh dan elok," ujar Nur Fitriyana.

Ayuh kita lihat!

Tisu membantu mengekalkan kelembapan yang penting untuk kesegaran salad.

Langkah-langkah:

1) Basuh salad sehingga bersih

2) Sediakan bekas dan tisu dapur

3) Letakkan tisu di dalam bekas sebagai alas

4) Susun salad dan tisu di dalam bekas secara berselang-seli sehingga membentuk lapisan

5) Tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk

Kini salad yang disimpan boleh bertahan lama, daunnya akan kekal cantik dan segar.

Selamat mencuba! - Nur Fitriyana

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain