suria

Jangan buat kerja 2 kali! Ini tip ‘work smart’ cuci kipas, tak perlu menyapu sebab tiada habuk jatuh di lantai

Kipas yang berat dengan debu boleh mengganggu aliran udara. -Gambar hiasan

KIPAS yang dilitupi debu tebal perlu dibersihkan supaya ia dapat berfungsi dengan efisien.

Namun aktiviti mencuci kipas bukanlah mudah, kebiasaannya orang ramai akan menggunakan penyapu atau kain untuk mengelap permukaan bilah.

Ketika proses ini, banyak debu yang bertebaran jatuh ke lantai sehingga akhirnya keadaan sekitar menjadi kotor dan berhabuk.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Nina Fadzil, ada dikongsikan tip yang dapat menyenangkan kerja anda untuk membersihkan kipas.

"Cara macam ni baru kerja cepat dan bersih," ujar Nina.

Ayuh kita lihat!

Tip menggunakan sarung bantal untuk membersihkan kipas. -Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1) Sarung bantal lama yang sudah tidak digunakan

Langkah-langkah:

1) Lembapkan sarung bantal dengan air

2) Masukkan bilah kipas ke dalam sarung bantal hingga hujung

3) Pegang menggunakan tangan untuk menutup bukaan sarung bantal

4) Tekan sarung bantal ke atas bilah kipas dan tarik keluar secara perlahan-lahan

5) Kini semua habuk akan tersimpan rapi di dalam sarung bantal dan tidak berterbangan ke merata tempat

Maklum balas netizen

"Kreatif idea ni, memang betul work smart, kenapa la baru tahu sekarang. Biasanya jadi dua kali kerja, lepas dah cuci kipas nak kena bersihkan lantai pula.

"Lepas ni boleh la rajin-rajinkan diri bersihkan kipas sebab dah mudah, biasanya buat enam bulan sekali," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain