suria

Rupanya ada cara mudah buang tulang ikan kembung... Sekali tarik, tercabut semua

Proses membersihkan ikan kembung daripada tulangnya.

IKAN kembung merupakan antara pilihan lauk utama bagi masyarakat Malaysia.

Namun satu masalah berkaitan ikan kembung ini adalah ia mempunyai banyak tulang halus yang sukar untuk diasingkan.

Lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai anak kecil, pastinya risau untuk menghidangkan makanan ini dikhuatiri mereka tercekik tulang.

Dalam satu hantaran di laman Facebook oleh Nana Mea Soffea, ada dikongsikan solusi mudah bagi mendapatkan isi ikan kembung tanpa tulangnya.

"Sekali tarik boleh terkeluar semua tulang ikan kembung," ujar Nana Mea Soffea.

Ayuh kita lihat bagaimana caranya!

Prosedur membuang tulang ikan kembung.

Langkah-langkah:

1) Siang ikan seperti biasa, potong bahagian tulang yang menghubungkan badan dengan kepala. Kemudian bersihkan

2) Tumbuk badan ikan supaya tulangnya hancur-hancur

3) Picit bahagian tulang belakang dan tulang bahagian bawah ikan sampai ke hujung

4) Kemudian kepak atau patahkan tulang di bahagian ekor

5) Gunting tulang utama di bahagian leher ikan, pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang ikan kembung akan keluar sekali pada masa ini.

Maklum balas netizen

"Bagus ada 'jalan pintas' macam ni, saya takut sikit nak guna cara manual cabut tulang ikan sebab dulu pernah tercucuk jari, sakit.

"Ikan kembung yang tiada tulang ni sedap kalau boleh goreng dan makan terus rangup-rangup, macam fish and chip versi Malaysia," demikian kata sebahagian warga maya. - Nana Mea Soffea

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain