suria

Makan Paracetamol rosak buah pinggang, kekal dalam badan sampai 5 tahun? Ini penjelasan Dr Samhan

Dr Samhan berkata Paracetamol hanya berada dalam badan selama empat hingga enam jam sahaja.

UBAT Paracetamol digunakan secara meluas di negara ini untuk membantu menyembuhkan penyakit ringan seperti demam dan sakit kepala.

Namun, ramai juga yang takut untuk mengambilnya selepas dimomokkan dengan pelbagai teori termasuklah dakwaan ia boleh merosakkan buah pinggang.

Malah, ada yang turut mendakwa sebatian ubat ini akan kekal dalam badan pesakit sehingga tempoh lima tahun.

Pempengaruh kesihatan, Dr Samhan, berkata, Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yang paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusu serta warga emas.

Berapa dos yang disarankan?

Untuk dewasa - Dua biji setiap enam hingga lapan jam sekali (maksima 4 gram sehari).

Untuk kanak-kanak - Sirap paracetamol adalah 15 miligram (mg) per kilogram (kg) berat badan dalam enam hingga lapan jam (tiga hingga empat kali) sehari.

Suppositories Paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap enam jam sekali (maksimum 5g sehari).

An empty shelves of paracetamol due to out of stock at one of the pharmacy in Section 14, Petaling Jaya yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Orang ramai perlu merujuk doktor jika mempunyai sebarang kemusykilan tentang ubat-ubatan. -Gambar hiasan

Bentuk intravenous diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari empat jam sekali: maksimum 4g sehari)

Berapa dos yang boleh merosakkan hati?

Dos minimum yang boleh menyebabkan kesan toksik Paracetamol adalah,

Dewasa: 7.5-10g (20biji) dalam 1 dos (1 pengambilan)

Kanak-kanak (1-6tahun): 200mg/kg dalam 1 dos (1 pengambilan)

Kesimpulan

Paracetamol tidak merosakkan buah pinggang/hati jika diambil dalam dos yang disarankan.

Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku.

Ia hanya berada dalam badan selama empat hingga enam jam sahaja kemudian akan mengalami proses penghadaman.

Panadol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, pesakit gastritis,kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain