suria

Rupanya ‘baby walker’ hanya satu pembaziran! Tak bantu anak cepat berjalan, lebih banyak undang bahaya

Penggunaan baby walker sebenarnya tidak membawa kebaikan kepada bayi. -Gambar hiasan

PENGGUNAAN baby walker untuk membantu bayi yang sedang membesar merupakan satu situasi biasa di negara kita.

Malah, baby walker juga masih digunakan secara meluas sehingga ke hari ini meskipun negara seperti Kanada mengharamkannya sejak tahun 2004.

Ramai yang beranggapan penggunaan baby walker sangat membantu untuk bayi yang sedang belajar untuk berjalan, namun ia sebenarnya langsung tidak membawa kebaikan.

Menurut Public Health Malaysia, baby walker sebenarnya membawa risiko kecederaan yang boleh membahayakan nyawa kanak-kanak.

"Memang comel melihat bayi berlari ke sana sini dengan baby walker, hakikatnya ia tidak memberi manfaat kepada perkembangan fizikal kanak kanak.

"Kemahiran berjalan bukan sahaja melibatkan pergerakan kaki, tetapi apa yang lebih penting adalah kemampuan menolak badan untuk berdiri, keseimbangan tubuh dan koordinasi.

69370953_2391596527796872_1080787649129611264_n

Kanada mengharamkan penggunaan baby walker sejak 2004.

"Selain itu, risiko kecederaan juga tinggi malah terdapat kes serius melibatkan kecederaan tengkuk dan kepala apabila kanak kanak jatuh dari tangga dan terjunam ke kolam," jelas laman advokasi kesihatan itu.

Selain pengharamannya di Kanada, Amerika Syarikat (AS) turut mencatatkan banyak kes kemalangan baby walker, sekali gus membuktikan risiko penggunaannya.

Bermula tahun 1990 sehingga 2014, AS mencatatkan 230,000 kes kecederaan akibat baby walker.

"Sekiranya anak anda tidak mengalami sebarang kecederaan akibat penggunaan walker, jangan sangka ia selamat. Ribuan kes kecederaan termasuk melecur dan tersepit dilaporkan setiap tahun.

"Di Kanada, baby walker diharamkan sepenuhnya. Langkah ini juga bakal diikut oleh AS setelah mendapat desakan persatuan pakar kanak kanak di sana.

"Maklumat ini mungkin bermanfaat untuk ibu yang sedang merancang. Mungkin bajet untuk baby walker boleh disalurkan untuk membeli car seat yang lebih bermanfaat," ujar Public Health Malaysia lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain