suria

Ibu hamil dilarang makan nanas, didakwa bahaya untuk kesihatan... Tapi apa akan berlaku jika ingkar?

Nanas boleh dimakan wanita mengandung, namun ia perlu diambil pada kuantiti terkawal. -Gambar hiasan

PASTINYA ramai pernah mendengar mitos tentang buah nanas yang didakwa boleh menyebabkan keguguran.

Malah, ramai wanita mengelak pengambilan nanas ketika fasa awal kehamilan selepas dimomokkan dengan teori mengarut itu.

Berikut merupakan penjelasan bagi mereka yang tertanya-tanya tentang hal ini.

Apa yang berlaku jika ibu hamil makan nanas muda?

Ibu hamil perlu menjaga pola pemakanannya agar kesihatan mereka dan janin tetap terjaga.

Lebih-lebih lagi pada awal kehamilan, kebanyakan ibu hamil mengalami morning sickness, contohnya rasa mual, muntah, dan kehilangan selera makan.

Berkenaan dengan keselamatan memakan nanas ketika hamil, buah ini sering dianggap tidak selamat kerana didakwa boleh menyebabkan kontraksi yang mengakibatkan keguguran.

Dakwaan ini timbul kerana nanas mengandungi enzim bromelain.

Retro Recipe - for June 15 publication

Nenas merupakan buah yang digemari ramai. -Gambar hiasan

Namun begitu, kandungan bromelain dalam nanas sangat sedikit dan kebanyakannya terdapat di bahagian batang buah nanas yang biasanya tidak dimakan.

Jadi ibu hamil boleh memakan nanas, bahkan boleh mendapat manfaat daripada kandungan nutrien yang terdapat dalam buah tersebut.

Menurut Verywell Health, nanas mengandungi beberapa nutrien seperti:

1. Vitamin B1 - Untuk menjaga kesihatan jantung dan sistem saraf

2. Vitamin B6 - Untuk mengurangkan morning sickness dan anemia

3. Vitamin C - Untuk meningkatkan sistem imunisasi badan

4. Mangan - Yang membantu meningkatkan kesihatan tulang

Walaupun nanas dianggap selamat untuk ibu hamil, mereka disarankan untuk memilih buah yang sudah masak sepenuhnya.

Ini kerana ada risiko kesan sampingan yang mungkin dialami oleh ibu hamil jika makan nanas muda, termasuk gangguan pencernaan dan reaksi alahan.

Nanas muda mempunyai tahap keasidan yang tinggi, yang boleh menyebabkan sakit perut dan refluks asid, menyebabkan dengan rasa terbakar dalam dada, mual, batuk, dan rasa pahit di mulut.

Makan nanas muda juga boleh menyebabkan reaksi alahan seperti kegatalan atau ruam pada kulit serta ketidakselesaan pada lidah.

Oleh itu, sebaiknya rujuk doktor jika ibu hamil mengidam untuk makan nanas muda.

Secara umumnya, ibu hamil boleh mengambil beberapa potongan nanas sesekali untuk menghilangkan rasa mengidam mereka.

Pastikan juga untuk memenuhi keperluan nutrisi dengan pengambilan makanan yang lengkap dengan kandungan karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin, dan mineral untuk menyokong kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain