suria

Terlalu banyak kes orang hilang, mati dibunuh... Wanita kongsi 10 tip keselamatan ketika keluar rumah

Orang ramai digesa agar lebih berhati-hati ketika keluar sendirian. -Gambar hiasan

KES individu hilang yang berakhir dengan kematian tragis semakin kerap dilaporkan di negara ini.

Pada Disember lalu misalnya, negara gempar dengan kes melibatkan kanak-kanak autsime Zayn Rayyan Abdul Mateen.

Kemudiannya, seluruh Malaysia dikejutkan pula dengan penemuan mayat orang hilang, Nur Farah Kartini serta Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi.

Terbaharu, penyanyi Nidza Afham yang dilaporkan hilang pada 13 Ogos ketika beriadah turut ditemukan maut di Sungai Klang pada keesokan harinya.

Sebagai langkah pencegahan, anda boleh mengamalkan 10 tip penting ini ketika keluar rumah.

Tip ini dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Afiqah Yusof menerusi platform X.

1. Maklumkan kepada seseorang mengenai lokasi yang hendak dituju, waktu serta perancangan untuk pulang pukul berapa.

Story about Capt Bala on two devices which he created called the Stalker Guard and Snatch Guard for crime watch. FAIHAN GHANI/The Star.

Jangan lupa perhatikan sekeliling sebelum keluar kereta. -Gambar hiasan

2. Kongsi live location dengan rakan. Boleh juga guna aplikasi Live360.

3. Boleh juga beli self-defense kit, gantung pada seluar atau baju supaya senang untuk bunyikan penggera.

4. Elak keluar bersendirian. Jika terpaksa, boleh buat panggilan video ketika keluar.

5. Peka dengan keadaan sekeliling. Jangan leka main telefon sewaktu berjalan terutama di tempat letak kereta.

6. Kunci pintu sejurus masuk kereta, secepat yang mungkin. Sebelum buka pintu, periksa keadaan sekeliling.

7. Pastikan telefon sentiasa dicas, sediakan powerbank atau pengecas dalam kereta.

8. Elak kawasan terpencil, pergi ke kawasan ramai orang.

9. Jangan percaya sesiapa, khususnya orang tak dikenali.

10. Elak guna laluan sama setiap hari supaya pergerakan anda tidak dapat dijangka oleh sesiapa yang berniat jahat. Elak juga makan di tempat sama setiap hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain