suria

Individu ada sembelit, susah berak disaran minum air garam... Buat ‘urut kotak’ untuk dapatkan rasa sakit perut

Ramai individu berdepan masalah sukar membuang air besar. -Gambar hiasan

RAMAI individu mengalami masalah sukar untuk membuang air besar.

Lebih teruk, mereka hanya membuang air besar sebanyak sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu.

Seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai Pharmacist Chong berkongsi cara mudah yang dikatakan dapat membantu orang ramai menangani masalah ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, dia mendedahkan satu petua, hanya dengan menggunakan air panas dan garam.

"Kalau korang ada masalah sembelit, kembung perut, tak selesa perut, cara ini dapat membantu anda buang air besar dengan lebih cepat dan senang.

"Pertama, minum secawan air panas yang dicampurkan sedikit garam, ini mengekalkan lebih banyak air dalam badan kita dan membolehkannya melincirkan usus besar," ujarnya.

ruuu

Urutan ini dikatakan boleh merangsang pergerakan usus besar.

Selepas mengambil minuman itu, dia turut memberi saranan kepada orang ramai untuk mengurut perut bagi merangsang pergerakan usus besar.

Dengan menggunakan kedua-dua tangan, dia berkata urutan itu perlu dibuat mengikut bentuk kotak dan diulang sekitar 30 kali.

"Selepas itu, kita boleh mula urut perut untuk merangsang pergerakan usur besar. Lapik kedua-dua belah tangan, letak di bahagian atas kanan perut kita.

"Lepas tu tekan sikit ke dalam (perut) dan bergerak dari kanan ke bahagian kiri. Lepas tu turun ke bawah dan naik semula ke atas belah kanan.

"Bagaikan bentuk satu kotak. Ulang pergerakan ini selama lebih kurang 30 kali, buat yang ini dua ke tiga kali sehari," pesannya lagi.

Sebagai peringatan, perkongsian ini sekadar salah satu alternatif bagi membantu mereka yang mengalami masalah sembelit atau sukar membuang air besar.

Jika keadaan ini masih berlarutan, anda disarankan pergi berjumpa dokktor bagi mendapatkan nasihat atau rawatan yang sesuai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain