SEKS merupakan antara elemen paling penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga malah ia dituntut oleh agama. Namun, ada segelintir pasangan yang terlalu ghairah ketika bersama sehingga memilih beraksi begitu ekstrim iaitu melakukan perkara yang tidak terjangkau dek akal. Sebagai contoh, ada suami yang mendatangi isteri dari belakang yang mana perbuatan itu adalah haram dan ditegah dalam Islam. Selain itu, terdapat juga individu yang mengambil pendekatan menelan air mani pasangan, kononnya untuk mendapatkan kepuasan seksual. Menurut laman sesawang Hello Doktor, sebenarnya tindakan menelan air mani adalah normal dilakukan oleh pasangan suami isteri! Bagaimanapun, setiap individu diingatkan agar melakukan ujian air mani terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada sebarang kondisi kesihatan berkaitan sistem reproduktif. Jika belum melakukan ujian air mani, suami disarankan untuk menggunakan kondom saat melakukan seks oral bagi mengelakkan si isteri tertelan air mani. Ujian klinikal perlu dilakukan untuk mengetahui tahap kesuburan air mani seseorang. -Gambar hiasan Jadi, perbuatan menelan air mani semasa seks oral ini boleh dan selamat dilakukan sekiranya pakar sudah mengesahkan seseorang itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Apa mudarat jika menelan air mani? 1. Menyebarkan penyakit kelamin Jika diteliti, kandungan komponen yang terdapat dalam sperma kelihatan seperti boleh ditelan dan dihadam dalam perut sama seperti makanan lain. Namun begitu, sperma yang berasal daripada individu yang telah dijangkiti penyakit kelamin seperti HIV, hepatitis B dan C, herpes, syphilis dan chlamydia berisiko terjangkiti dengan virus yang sedia ada. Risiko penyakit tersebut dijangkiti individu yang tertelan air mani ketika melakukan seks oral juga akan meningkat jika terdapat luka pada mulut, lidah atau gusi. 2. Mendatangkan sakit kepala dan selesema, antara kesan menelan air mani Selain daripada loya dan muntah, perbuatan telan air mani juga akan menyebabkan individu itu mengalami sakit kepala. Ini berlaku akibat gejala psikosomatis buat mereka yang sebenarnya jijik terhadap sperma. Bukan itu sahaja, menelan air mani pasangan juga sebenarnya akan mendatangkan jangkitan selesema akibat reaksi alahan mereka terhadap protein yang terkandung dalam sperma. 3. Mengakibatkan trauma Bagi pasangan yang sudah tertelan air mani secara tidak sengaja, ia boleh mengakibatkan seseorang itu trauma. Ini berlaku ekoran daripada bau dan rasa air mani yang tidak sama dengan jangkaannya. Jika perbuatan ini dilakukan berulang-ulang kali, ia akan mengakibatkan trauma. Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sekali pun air mani itu dianggap suci, namun para ulama berbeza mengenai hukum menelan atau memakannya. Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitabnya, terdapat dua pendapat mengenai hal ini. Pendapat yang sahih lagi masyhur ialah air mani tidak halal untuk dimakan atau ditelan kerana ia dianggap sebagai suatu yang menjijikan dan kotor. Manakala pendapat kedua pula — iaitu pendapat yang dhaif dalam mazhab Syafi‘i — sebagaimana dinukilkan oleh Imam al-Haramain dan selainnya menyatakan air mani harus untuk dimakan kerana ia adalah suci dan tiada kemudaratan padanya. Berdasarkan perbincangan, Dr Zulkifli berkata pihaknya cenderung kepada pendapat yang menyatakan menelan air mani adalah haram dan tidak dibolehkan kerana ia menjijikan sebagaimana pendapat yang kuat dalam mazhab Syafi‘i. Lebih-lebih lagi, terdapat sebahagian ulama seperti Imam Malik, Abu Hanifah, al-Auza‘i dan al-Thauri yang berpendapat bahawa air mani itu adalah najis. Justeru, pendapat ini adalah lebih selamat (ahwat). Selain itu, air mani yang keluar ketika melakukan hubungan kelamin antara suami isteri kebiasaannya sukar untuk dielakkan daripada bercampur dengan air-air lain yang dianggap najis seperti air mazi dan wadi. Oleh itu, meninggalkan perbuatan ini adalah lebih utama agar seseorang itu tidak tertelan najis bersama air mani tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube