PENGGUNAAN cecair pelincir boleh membantu mana-mana pasangan yang bermasalah untuk melakukan hubungan seks. Namun, ramai juga individu yang sekadar menggunakan air liur sebagai pelincir kerana ia lebih mudah, cepat dan menjimatkan kos. Menurut laman sesawang Hello Doktor, penggunaan air liur sebagai pelincir bukanlah satu pilihan terbaik, sebaliknya ia mendatangkan risiko terhadap tubuh kita. 1. Sperma terjejas Kajian mendapati penggunaan air liur sebagai pelincir semasa seks boleh menjejaskan kebolehan dan keupayaan sperma untuk berenang memasuki ovari. Secara tidak langsung, ia menjejaskan lagi sperma bagi lelaki yang mengalami masalah kekurangan atau kecacatan sperma. Oleh itu, jika anda dan pasangan sudah mencuba bertahun-tahun untuk hamil namun masih belum berjaya, cuba elak melakukan perbuatan ini dan lihat kesannya. Penggunaan air liur boleh menjejaskan sperma. -Gambar hiasan 2. Jangkitan kemaluan Penggunaan air liur sebagai pelincir boleh menjadi punca jangkitan pada alat sulit terutamanya faraj. Ini kerana bakteria yang ada pada air liur dan bakteria yang wujud pada faraj adalah berbeza. Di dalam air liur, terdapat enzim pencernaan yang berfungsi menguraikan makanan manakala di faraj pula terdapat mikrobioma. Bakteria pada faraj ini mungkin akan mati sekiranya ia bertembung dengan bakteria pada air liur. Kesannya, ia akan menyebabkan ekosistem pada faraj terganggu lantas mengakibatkan jangkitan pada alat sulit wanita. 3. Risiko STD STD atau sexually transmitted diseases adalah penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis, gonorrhea, chlamydia, trichomoniasis dan HPV yang mana kesemua ini boleh tersebar melalui air liur. Disebabkan itu, perbuatan menggunakan air liur sebagai pelincir seks adalah berisiko. Walaupun anda tidak melakukan seks oral, seks penetrasi yang menggunakannya berupaya menyebarkan penyakit kelamin. Jadi, adalah sangat penting untuk anda melakukan pemeriksaan STD terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan seseorang. Untuk lebih selamat, elakkan daripada menggunakan air liur sebagai pelincir ketika bersetubuh dengan pasangan. Sebaliknya, gunakan pelincir yang diperakui oleh doktor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube