suria

Rasa berdebar-debar ingatkan jatuh cinta, rupanya terlebih kafein! Pencinta kopi kena waspada, elak serangan jantung

Kopi boleh beri kesan buruk kepada jantung jika diminum lebih daripada empat cawan sehari. -Gambar hiasan

KOPI bukanlah penyebab utama penyakit jantung, namun ia boleh menjadi bahaya jika diminum secara berlebihan.

Penyelidikan terkini di India oleh Zydus Medical College and Hospital mendedahkan kopi boleh memberi kesan buruk kepada jantung jika diminum lebih daripada empat cawan sehari yang mengandungi 400mg kafein.

Tubuh manusia mempunyai sistem parasimpatetik yang mengawal keadaan relaks dan pemulihan secara semula jadi.

Namun menurut kajian, kafein dalam kopi yang bersifat perangsang akan mengganggu sistem parasimpatetik, meningkatkan kadar denyutan jantung, serta merangsang pengeluaran hormon adrenalin untuk meningkatkan kewaspadaan dan tenaga.

A kopitiam worker  pouring refined sugar into glass of tea at  a restaurant  in Kuala Lumpur.(12/6/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Elak minum kopi sehingga melebihi empat cawan sehari. -Gambar hiasan

Kafein dalam kopi juga boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah, yang mana kedua-duanya boleh mengakibatkan masalah kardiovaskular dalam jangka masa panjang.

Menurut laman Harvard Health, situasi jantung berdebar berlaku disebabkan oleh kafein dalam kopi yang bertindak sebagai perangsang.

Ini boleh meningkatkan risiko aritmia atau gangguan ritma jantung.

Walaupun Pentadbir Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) menyarankan had selamat pengambilan kafein sekitar 400mg atau bersamaan dengan empat cawan kopi, setiap orang perlu menghadkan pengambilan kopi kepada dua hingga tiga cawan sehari sahaja.

Ini kerana anda mungkin mengambil sumber lain yang mengandungi kafein seperti teh, minuman berkarbonat, bar oklat, bijirin, dan gula-gula getah.

Anda juga boleh berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan untuk mengetahui had selamat pengambilan kopi berdasarkan keadaan individu masing-masing. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain