suria

Malang nikahi lelaki gay, bertahan atau minta cerai? Ustazah minta isteri teraniaya buat langkah ini dulu

Kisah seorang wanita bersuamikan lelaki gay raih perhatian pendakwah selepas dilaporkan mStar pada 3 Ogos lalu. -Gambar hiasan

KISAH seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki gay kecoh diperkatakan di media sosial.

Lebih menyedihkan, wanita itu baru mengetahui tentang nafsu songsang suaminya selepas 12 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Laporan mStar mengenai kisah pasangan itu pada 3 Ogos lalu turut menarik perhatian pendakwah keluarga, Ustazah Asmak Husin.

"Lebih 12 tahun kahwin baru tahu suami gay. Masya-Allah benda ni adalah realiti yang tengah berlaku dalam masyarakat, tak boleh kita nafikan benda ni pun.

"Benda ni pun dah lama disebut dalam al-Quran, tentang kisah kaum Nabi Luth," ujarnya memulakan bicara.

ustazah

Ustazah Asmak membuat ulasan tentang kes itu selepas ia dilaporkan menerusi mStar pada 3 Ogos.

Memberi ulasan tentang kisah yang dilaporkan mStar, Asmak menggariskan tiga panduan yang perlu dilakukan wanita sekiranya mereka berada dalam situasi itu.

1. Dakwah

Jangan lupa dakwah kepada suami yang bernafsu songsang. Jangan ambil keputusan segera, sebaliknya dakwah mereka dahulu kerana mungkin ada peluang untuk berubah.

Sebab itu Nabi Luth diutuskan untuk berdakwah dahulu. Sebab dia suami kita, mungkin ada anak bersama.

2. Cari sokongan

Yang kedua jangan hadapi situasi ini seorang diri. Cari sokongan daripada keluarga. Kalau perlu, jumpa kaunselor perkahwinan dekat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dekat Jabatan Agama Islam setiap negeri pun ada ada kumpulan sokongan yang berkaitan. Jadi isteri akan lebih kuat sikit.

3. Bincang

Yang ketiga cuba berbicang baik-baik dengan suami, apa sebenarnya masalah? Dia nak berubah atau tidak? Atau dia mahu lepas tangan?

Selepas memahami situasi sebenar, barulah buat pilihan sama ada nak teruskan perkahwinan atau pilih berpisah?

Fikir yang terbaik untuk diri sendiri, anak dan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain