suria

Puas rehat badan tetap penat, tidur terganggu... Ketahui punca ramai wanita di bandar alami masalah ini

Ramai wanita Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D. -Gambar hiasan

DAH puas berehat tapi badan tetap penat dan lesu, malah tidur malam juga terganggu.

Tahukah anda, gejala-gejala ini merupakan petanda kekurangan vitamin D dalam tubuh kita.

Menurut Public Health Malaysia, 60 hingga 70 peratus wanita Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Keadaan iin sekali gus menjadi punca kepada beberapa gejala, antaranya:

1. Sakit pinggang, belakang dan kaki.

2. Rambut gugur.

3. Mudah jatuh sakit, mengalami selesema.

Pedestrians is seen using the umbrella during the hot weather in KL town.—AZMAN GHANI/The Star

Kekurangan vitamin D ketara dalam kalangan wanita yang kurang terdedah kepada cahaya matahari. -Gambar hiasan

4. Rasa penat berterusan walaupun mendapat rehat secukupnya.

5. Sering berasa murung, lesu.

6. Masalah tidur.

Kekurangan ini lebih ketara dalam kalangan wanita yang tinggal di kawasan bandar, di mana mereka mungkin kurang terdedah kepada cahaya matahari kerana gaya hidup yang lebih banyak berada di dalam bangunan.

Kekurangan vitamin D ini juga lebih lazim dalam kalangan wanita yang memakai pakaian yang menutup seluruh badan, yang mengurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, sumber utama penghasilan vitamin D.

Masalah kekurangan vitamin D ini adalah isu kesihatan yang serius kerana ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti osteoporosis, kelemahan otot, dan gangguan imun.

Oleh itu, penting bagi wanita di Malaysia untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang mencukupi dan mempertimbangkan pengambilan suplemen vitamin D jika perlu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain