suria

Kajian dapati curang berlaku kerana faktor hormon, genetik... Lelaki 'suara dalam' cenderung main kayu tiga

Kajian menunjukkan faktor genetik dah hormon mempunyai kaitan dengan perilaku curang. -Gambar hiasan

KISAH-kisah kecurangan, terutamanya yang melibatkan figura terkenal sering kali mencetuskan kekecohan dan menimbulkan persoalan mengenai sebab-sebab di sebalik perlanggaran janji setia dalam perkahwinan mereka.

Menurut pakar psikologi hubungan, Gary W. Lewandowski, terdapat pelbagai sebab yang menjadi punca seseorang itu bermain kayu tiga.

"Ia boleh berlaku disebabkan faktor peribadi atau harga diri pelaku, hubungan yang tidak memuaskan, atau faktor situasi yang mana pelaku mendapat peluang untuk berlaku curang.

"Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan faktor genetik, biologi, atau hormon yang banyak mempengaruhi tingkah laku kecurangan," jelas Lewandowski.

Faktor genetik

Beberapa kajian menunjukkan kecurangan mempunyai kaitan genetik yang kuat.

Dinyatakan bahawa kecurangan berakar daripada faktor genetik kerana dalam sejarah evolusi kita, mencari pasangan alternatif memberikan kelebihan dalam meningkatkan bilangan keturunan (terutamanya bagi lelaki), menyediakan variasi genetik yang lebih luas untuk zuriat, serta membolehkan akses kepada sumber tambahan bagi generasi seterusnya.

Secara teori, jika terdapat gen atau variasi genetik yang mempengaruhi kecenderungan untuk curang, maka gen tersebut boleh diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anak, seperti sifat genetik yang lain.

Page one plan on the alarming of rape cases in the rising plus sexual booming. We will ask them to pose pictures on both with silhouette act. We will add graphics into it. Pleases give some space for graphics in the picture. Another picture is on child abuse. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, penting untuk memahami beberapa perkara mengenai genetik dan tingkah laku, iaitu pengaruh genetik tidak bersifat mutlak.

Genetik boleh mempengaruhi kecenderungan terhadap tingkah laku tertentu, tetapi tidak bermakna tingkah laku tersebut pasti akan muncul.

Faktor persekitaran, budaya, pendidikan, dan pengalaman peribadi juga sangat berperanan dalam menentukan tingkah laku seseorang.

Faktor hormon

Dalam kajian tahun 2003, sekumpulan pakar cuba mencari kaitan antara status perkahwinan dan tahap testosteron lelaki.

Secara khusus, lelaki yang berada dalam ikatan yang setia mempunyai tahap testosteron 21 peratus lebih rendah berbanding mereka yang masih bujang.

Kajian lain pada tahun 2006 mendapati bahawa lelaki yang mempunyai tahap testosteron yang tinggi mengaku mempunyai minat untuk melakukan hubungan seksual di luar perkahwinan.

Beberapa kajian juga menunjukkan perkara yang sama, iaitu lelaki dengan tahap testosteron yang tinggi cenderung untuk tidak setia.

Kita mungkin terfikir untuk menguji kadar testosteron pasangan.

Photoshoot for story on sexual harassment. AZMAN GHANI / The Star

Perilaku curang juga boleh berlaku kerana pergaulan bebas di tempat kerja. -Gambar hiasan

Sebenarnya, terdapat cara mudah untuk melakukannya, iaitu dengan mendengar suaranya.

Lelaki dengan suara yang dalam cenderung mempunyai kadar testosteron yang tinggi, manakala wanita dengan nada suara yang tinggi mempunyai kadar estrogen yang tinggi.

Walaupun lelaki bersuara dalam lebih menarik, kajian menunjukkan wanita yang mencari hubungan jangka panjang cenderung menghindari lelaki dengan jenis suara ini.

Ada wanita menganggap lelaki bersuara bass ini berpotensi untuk berlaku curang.

Kitaran Ovulasi

Pada wanita, kitaran ovari adalah faktor biologi lain yang boleh mempengaruhi kecenderungan untuk curang.

Secara ringkasnya, wanita cenderung tergoda untuk melirik lelaki lain ketika mereka berada dalam tempoh subur.

Pengaruh biologi ini mungkin membuatkan seseorang kelihatan seolah-olah tidak mempunyai kawalan diri kerana ia bergantung pada hormon mereka.

Namun harus diingat, jika biologi adalah takdir, maka setiap lelaki dengan kadar testosteron tinggi dan wanita dengan kadar estrogen tinggi secara automatik akan berlaku curang.

Sebenarnya ini tanggapan yang salah.

Hormon mungkin membuatkan kita lebih sukar menahan godaan, tetapi setiap individu sepatutnya memiliki keupayaan untuk menyedari diri sendiri dan melakukan refleksi, serta bertanggungjawab atas pilihan mereka sendiri, termasuklah untuk tetap berpegang pada komitmen dalam hubungan atau mengikut nafsu. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain