suria

Badan naik ruam, kulit melepuh... Ketahui 6 tanda-tanda lain jangkitan mpox

Beberapa kes mpox sudah dilaporkan di negara jiran. -Gambar hiasan

KES cacar monyet atau mpox yang dilaporkan di Indonesia dan Thailand turut menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, ramai yang mula takut sekiranya penyakit itu akan menular ke Malaysia, sebagaimana yang berlaku ketika Covid-19 melanda dunia pada penghujung 2019.

mpox

Antara komplikasi jangkitan mpox.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki.

Berikut merupakan enam lagi tanda atau gejala jangkitan mpox:

1. Keletihan

2. Demam

3. Sakit kepala

4. Bengkak kelenjar limfa

5. Sakit belakang

6. Sakit otot

Menurut KKM lagi, golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah.

Malah, pesakit juga boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea yang menyebabkan kabur atau hilang penglihatan, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah (sepsis).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain