MASALAH nasi cepat basi bukan sahaja berpunca daripada beras. Sebaliknya kata seorang pengusaha restoran, masalah itu boleh terjadi kerana keadaan periuk nasi yang kotor. Dalam perkongsian di TikTok, individu dikenali sebagai Pak Man itu turut berkongsi petua mudah untuk mengatasi masalah ini. "Kalau anda nak tahu tak semestinya punca beras tu yang menyebabkan nasi cepat basi. Banyak sebenarnya punca nasi cepat basi walaupun baru masak semalam. "Salah satu puncanya, periuk anda. Periuk tu kadang-kadang penuh bakteria yang menyebabkan nasi cepat basi. Aku nak kongsi petua yang mak aku ajar kalau nasi cepat basi. "Pertama sekali anda basuh periuk dengan bersih. Lepas bilas dengan sabun, dah bersih, anda letak garam kasar, lepas tu letak air. Rendam semalaman atau lebih. Kebersihan periuk juga boleh menjadi punca nasi cepat basi. -Gambar hiasan "Ini petua mak aku, Insya-Allah lepas ni nasi anda lambat basi," kongsinya. Di ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi petua yang diamalkan mereka. "Kadang-kadang anda basuh periuk, tapi penutup periuk tak basuh. Itu pun punca nasi cepat basi. "Satu lagi petua, basuh dulu periuk dan tangkup atas dapur, buka api kecil, biarkan lima minit. Insya-Allah nasi tak basi dah. "Saya guna span khas untuk cuci periuk nasi saja. Tak campur dengan span yang kita guna untuk basuh pinggan mangkuk. "Cara mak aku dulu, dah masak, tutup terus api. Jangan biar warm," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube