MENGHADIAHKAN ciuman buat pasangan merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Malah, pasangan suami isteri juga digalakkan untuk bercumbu-cumbuan terlebih dahulu sebelum mereka bersama di bilik tidur. Menurut pakar temu janji, Jacob Lucas, bercium bukan sahaja memberi kegembiraan buat pasangan, malah ia juga mempunyai manfaat kesihatan. Jelasnya, amalan bercium dengan pasangan memerlukan penggunaan banyak otot dalam badan dan beberapa kajian menunjukkan ia boleh membantu anda boleh membakar sebanyak 26 kalori dalam seminit. "Bercium boleh menyebabkan otak anda melepaskan campuran bahan kimia - termasuk oksitosin, dopamin, dan serotonin. Ini boleh menyebabkan perasaan euforia dan juga mendorong kita untuk berasa sayang dan ingin berhubung," ujarnya. Selain itu, dia mendakwa perbuatan bercium dengan pasangan juga baik untuk kesihatan jantung serta boleh mengurangkan tekanan. "Bercium juga boleh mengurangkan tahap kortisol dalam badan, yang boleh membantu anda untuk berehat dan mengurangkan tekanan. Kortisol ialah apa yang dilepaskan oleh badan anda semasa 'fight or flight' dan ia berkait rapat dengan tekanan dan kebimbangan." Rumah tangga mungkin berantakan jika pasangan dilayan dengan kasar. -Gambar hiasan "Ia juga boleh menyebabkan kadar degupan jantung anda meningkat yang seterusnya menyebabkan saluran darah mengembang. Apabila ini berlaku, ia boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara serta-merta yang baik untuk kesihatan jantung. "Selain itu, peningkatan serotonin dalam badan kita juga dikatakan sebagai pereda kesakitan semula jadi," jelasnya lagi. Aktiviti bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan dalam Islam. Malah, ia adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki Namun harus diingat, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang sudah sah bernikah sahaja. Ini kerana perbuatan maksiat, zina dan pergaulan bebas dengan bukan mahram adalah dilarang keras oleh agama Islam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube