suria

10 kawasan berisiko sinkhole berdasarkan kajian... Kampung Baru, Ampang dan Bukit Jalil turut tersenarai

Penemuan kajian ini lebih kepada usaha proaktif untuk meningkatkan keselamatan dan kesedaran.

RAKYAT Malaysia terutamanya penduduk ibu kota Kuala Lumpur mula meluahkan rasa bimbang ekoran kejadian tanah jerlus atau tanah mendap di Jalan Masjid India yang berlaku pada 23 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, seorang wanita warga India terjatuh ke dalam tanah yang tiba-tiba mendap sehingga dia dipercayai dihanyutkan arus bawah tanah dan masih gagal dijumpai sehingga ke hari ini.

Ekoran kejadian itu, ada netizen yang berpendapat sesetengah kawasan di Kuala Lumpur sudah tidak selamat untuk didiami kerana berisiko berdepan kejadian sama, pada masa depan.

Tahukah anda, satu kajian tentang tanah jerlus serta kawasan-kawasan yang berisiko berlakunya kejadian itu pernah dilakukan di Malaysia?

Kajian itu dinamakan sebagai Sinkhole Susceptibility Hazard Zones Using GIS and Analytical Hierarchical Process (AHP): A Case Study of Kuala Lumpur and Ampang Jaya oleh Rosdi et al. (2017).

Lokasi kejadian sinkhole sebelum ini:

• Ampang

• Pudu

• Kepong

• Kampung Baru

Lokasi dengan risiko rendah (Low Risk):

• TTDI

• Bukit Jalil

• Sungai Besi

Sinkhole at Masjid India, Kuala Lumpur. —SAMUEL ONG/The Star

Kejadian pada 23 Ogos lalu menyebabkan segelintir individu menganggap Kuala Lumpur sebagai lokasi tak selamat untuk didiami.

Lokasi dengan risiko tinggi (High Risk):

• Pudu

• Cheras

• KLCC

Lokasi dengan risiko sangat tinggi (Very High Risk):

• Kepong

• Kampung Baru

• Ampang

• Pandan Jaya

Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi terhadap pembentukan sinkhole kerana ia boleh memberi implikasi serius terhadap pembangunan infrastruktur dan keselamatan awam.

Dengan menggabungkan teknologi GIS dan AHP, kajian ini menghasilkan peta risiko yang boleh membantu dalam perancangan bandar dan mitigasi bencana.

Jenis batuan, penggunaan tanah, kedalaman air bawah tanah adalah faktor penting dalam perkembangan sinkhole.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah mendap ketika sedang berjalan di Masjid India, wanita dikhuatiri tertimbus sedalam 10 meter

Faktor-faktor ini juga menjadi lima parameter utama yang digunakan dalam kajian ini

Namun harus diingat, penemuan kajian ini lebih kepada usaha proaktif untuk meningkatkan keselamatan dan kesedaran, bukannya untuk mencetuskan ketakutan.

Dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko tinggi terhadap kejadian sinkhole, pihak berkuasa dan masyarakat boleh mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk mengurangkan risiko dan melindungi keselamatan awam serta infrastruktur.

Untuk rekod, kajian ini tular selepas ia dikongsi menerusi akaun Facebook laman advokasi kesihatan, Public Health Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain