suria

Dijual saiz besar, nak guna sikit je... Wanita kongsi teknik simpan lengkuas, dijamin tahan lama!

Lengkuas digunakan secara meluas dalam masakan di Malaysia.

LENGKUAS biasanya digunakan untuk menambah aroma dalam masakan.

Dalam bidang perubatan, lengkuas juga boleh membantu melegakan sakit perut, selesema dan berfungsi sebagai ejen antibakteria.

Namun, mungkin masih ramai yang tidak tahu cara untuk menyimpan lengkuas agar ia boleh bertahan lama dan tidak mudah rosak.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Faizah Husain atau Kak Zah, dia akan membekukan hirisan lengkuas agar ia tahan dalam tempoh yang lama.

"Lengkuas ni kegunaannya agak jarang juga kan? Tapi kalau tak ada lengkuas, tak sedap singgang dan rendang kamu tu dik.

"Bau lengkuas ni kalau dalam singgang terus rasa nak ambil nasi. Lengkuas yang jual kat kedai tu seketul gedabak besar.

Retro Recipe: Roast duck massamam. —LOW LAY PHON/The Star

Lengkuas yang dibekukan di dalam peti boleh digunakan dalam tempoh lama.

"Nak guna lima ke enam hiris je. Ni Kak Zah ajar cara nak simpan lengkuas," tulisnya di Facebook.

Cara-caranya:

1. Basuh kesan-kesan tanah pada lengkuas dan buang kulitnya.

2. Hiris lengkuas dan basuh sekali lagi.

3. Susun hirisan lengkuas di dalam bekas. Pastikan semua hirisan lengkuas tidak bertindih atau menyentuh satu sama lain.

4. Letakkan bekas berisi lengkuas itu ke dalam peti sehingga lengkuas bertukar keras seperti ais.

Dengan cara ini, lengkuas anda boleh tahan berbulan lamanya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa lengkuas perlu dijarakkan dan tidak boleh disusun bertindih di dalam bekas.

Ini bagi mengelakkan lengkuas melekat antara satu sama lain selepas ia membeku.

Sekiranya ia melekat, lengkuas itu perlu dinyahbeku sebelum digunakan, sekali gus membazir masa anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain