suria

Tiada lagi masalah kucing kencing, berak merata dalam rumah... Terus selesai lepas guna penyembur DIY ini

Semburan ini dikatakan berkesan untuk menghalang kucing berak dan kencing merata.

MEMBELA haiwan di rumah merupakan salah satu terapi yang boleh memberi ketenangan minda.

Namun, sifat kucing yang nakal kadang-kala boleh membuatkan kita sakit kepala.

Selain gemar mencakar sofa, kucing juga sering kencing dan berak merata jika tidak dilatih oleh tuannya.

Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Ella Ahmad ada berkongsi petua mudah untuk menghalang masalah itu.

"Sis nak share apa yang sis buat supaya kucing-kucing ni tak berak atau kencing merata tempat.

457098512_1661131708068143_4655495477937271332_n

Tiga bahan yang diperlukan untuk menghasilkan semburan DIY.

"Buat sendiri je, fikir logik akal. Jangan risau, simple je," ujarnya.

Cara-cara

1. Masukkan tujuh ke 10 titis cuka makan ke dalam botol penyembur.

2. Kemudian, masukkan 1/4 penutup pelembut kain ke dalam botol.

3. Jangan lupa, campurkan dengan sedikit air.

4. Goncang botol itu sehingga semua bahan sebati.

5. Semburkan pada tempat kucing anda suka berak atau kencing.

6. Kalau rajin, boleh spray dua kali sehari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia