KOPI menjadi pilihan ramai untuk dinikmati secara rutin pada waktu pagi. Selain aroma menyegarkan, kandungan kafein dalam kopi juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan membuatkan badan lebih segar. Namun begitu, terdapat segelintir individu yang tidak boleh mengambil kopi secara rutin pada waktu pagi. Bagi penghidap penyakit gastroesophageal refluks (Gerd) misalnya, mengambil kopi pada waktu pagi boleh memburukkan lagi keadaan mereka. Jadi, berikut kami kongsikan empat alternatif lain yang boleh menggantikan kopi. 1. Cuka Epal Cuka epal dikenali sebagai minuman rendah kalori. Selain dapat menghilangkan rasa mengantuk, cuka epal juga dapat membantu dalam proses penurunan berat badan. Cuka epal mengandungi asid asetik yang baik untuk penghidap diabetes kerana dapat membantu menurunkan kadar gula. Ramai individu mengambil kopi secara rutin pada waktu pagi. -Gambar hiasan 2. Teh Matcha Minuman ini sangat popular di Jepun. Teh matcha juga mengandungi kafein tetapi tidak sebanyak kopi. Kandungan inilah yang mampu menghilangkan rasa mengantuk dan menyegarkan badan. Teh matcha disediakan dengan mencampurkan satu hingga dua sudu teh serbuk matcha ke dalam air panas mendidih dan kemudian dikacau rata. 3. Kombucha Kombucha dibuat melalui proses fermentasi teh hitam dengan bakteria, yis, dan gula. Proses fermentasi ini menghasilkan koloni simbiosis bakteria dan yis yang dikenali sebagai SCOBY. Selepas proses fermentasi, kombucha mengandungi probiotik, asid asetik, dan antioksidan yang semuanya memberikan manfaat kesihatan. 4. Teh Chai Teh chai adalah sejenis teh hitam yang dicampur dengan rempah ratus yang kuat. Walaupun mengandungi kafein yang agak tinggi (48 mg) berbanding kopi, kajian menunjukkan bahawa teh hitam masih boleh meningkatkan kewaspadaan mental. Teh hitam dan teh hijau kedua-duanya berasal dari tanaman Camellia sinensis, tetapi teh hitam mengalami proses fermentasi yang mengubah susunan kimianya. Kedua-dua jenis ini nampaknya mempunyai sifat antioksidan yang kuat. - Detik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube