SEBAGAI pemilik kucing, satu perkara penting yang anda perlu tahu adalah tentang kualiti serta kebersihan air sebelum diberikan kepada haiwan kesayangan tersebut. Menurut seorang pengguna laman X yang berkongsi nasihat daripada doktor veterinar, air bertapis atau sekurang-kurangnya minuman botol adalah pilihan terbaik untuk kucing anda berbanding air paip. Berikut adalah beberapa sebab mengapa air bertapis begitu penting untuk si bulus anda: 1. Mengurangkan kesan klorin dan kekotoran Air paip yang biasa kita gunakan mengandungi klorin dan kekotoran lain (benda asing) yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kucing. Kucing disarankan untuk meminum air bertapis. 2. Mengelakkan masalah kesihatan jangka panjang Klorin dalam air boleh memberi tekanan kepada buah pinggang kucing dalam jangka masa panjang. Dengan memberikan air bertapis, anda mengurangkan risiko ini dan membantu menjaga kesihatan buah pinggang si bulus. 3. Pilihan air bertapis yang tersedia Jika tidak mempunyai penapis air di rumah, anda boleh merebus air paip terlebih dahulu sebagai langkah sementara untuk mengurangkan kehadiran klorin. Namun, penggunaan penapis air yang berkualiti adalah pilihan lebih baik dan selamat. Ramai pemilik kucing kini mempunyai mesin penapis canggih kerana sedar akan kepentingan memberikan air bertapis kepada si bulus. Dengan memastikan kucing mendapat air yang bersih dan segar, anda dapat menjaga kesihatan serta memastikan kehidupan mereka lebih selesa. Jadi sebagai penjaga kucing bertanggjungjawab, jangan abaikan mengenai kepentingan air yang diberikan kepada kucing anda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube