suria

Rupanya tak susah nak baca bahasa tubuh seseorang... Sekali ‘scan’ sudah tahu apa dalam fikiran

Gerak tubuh setiap individu boleh menentukan tahap keyakinan seseorang.

BAHASA badan atau gerak tubuh memainkan peranan penting dalam komunikasi terutama dalam menyampaikan maklumat penting ketika di tempat kerja.

Ini kerana menggunakan bahasa badan yang tepat dapat meningkatkan interaksi dengan rakan sekerja dan memberi gambaran yang lebih positif tentang diri kita.

Berikut adalah beberapa tingkah laku atau bahasa tubuh yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan harian.

Tingkah laku yang perlu dielakkan:

1. Kedudukan tangan

Menggenggam tangan atau meletakkannya di bawah paha boleh menunjukkan ketidakselesaan dan kurang percaya diri.

2. Tutup badan

Menyilang lengan atau menutup badan dengan objek seperti fail menunjukkan sikap defensif dan menghalang interaksi.

3. Sentuh wajah

Sering menyentuh wajah memberi isyarat tentang rasa tidak yakin atau ingin menyembunyikan sesuatu.

4. Gigit kuku

Tingkah laku ini sering dikaitkan dengan kebimbangan dan boleh memberi tanggapan negatif kepada orang lain.

Dr Raja Kamariah berkongsi cara membaca bahasa tubuh seseorang.

Sebaliknya, tingkah laku yang perlu diamalkan adalah seperti berikut:

1. Duduk terbuka

Pastikan posisi duduk anda terbuka dan relaks. Ini menunjukkan anda bersedia untuk berinteraksi dan mendengar.

2. Senyum

Senyuman adalah salah satu cara paling mudah untuk menunjukkan keramahan dan keyakinan.

3. Kontak mata (eye contacts)

Menjaga pandangan (interaksi) mata ketika berbual menunjukkan perhatian dan keyakinan.

4. Autoriti

Berdiri atau duduk dengan postur yang tegak memberi gambaran bahawa anda seorang berwibawa.

5. Tapak tangan ke atas

Menghadapkan tapak tangan ke atas ketika bercakap menunjukkan keterbukaan dan kejujuran.

6. Angguk kepala

Mengangguk semasa mendengar menunjukkan anda mendengar dengan aktif dan menghargai pandangan orang lain.

Dengan mengamalkan tip tentang tingkah laku seperti dikongsikan Pegawai Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Raja Kamariah Raja Mohd Khalid ini, anda kelihatan lebih yakin dan dan mudah berurusan dengan orang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain