suria

Makin rancak bersembang, tak perlu jadi kera sumbang... Ikut je teknik komunikasi ini, siap boleh jadi pendengar baik

Tidak semua orang mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik.

TIDAK semua orang dianugerahkan kebolehan untuk berkomunikasi dengan lancar atau menjadi pendengar yang baik.

Masalah ini sering timbul dalam hubungan, terutamanya apabila pasangan merasakan mereka seringkali tidak didengari apabila mengadu.

Namun dengan beberapa teknik, anda boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan seseorang atau ketika menghadiri majlis tertentu.

Berikut adalah tip berdasarkan perkongsian seorang penceramah terkenal dari Sweden, David JP Philips.

1. Mendengar dengan empati

Salah satu cara paling mudah untuk membuat orang selesa berborak dengan kita adalah dengan menunjukkan kesediaan untuk mendengar.

Apabila berbual, cuba ubah posisi dengan sengetkan kepala.

Tindakan ini bukan sahaja memberi isyarat bahawa kita memberi perhatian, tetapi juga merangsang pengeluaran hormon oksitosin.

Hormon ini membuatkan orang lain merasa lebih dekat dengan kita, mendorong mereka untuk bercerita lebih lanjut.

Amerdeen berkongsi tip berkenaan di TikTok.

2. Bahasa badan yang positif

Bahasa badan memainkan peranan penting dalam komunikasi. Pastikan untuk mengamalkan postur yang terbuka dan tidak menyekat pergerakan.

Menghadapkan tubuh ke arah orang yang bercakap dan mengekalkan 'eye contact' juga menunjukkan minat dan memberi dorongan kepada mereka untuk terus berkongsi cerita.

3. Menunjukkan rasa minat

Ketika seseorang bercakap, berikan respons yang menunjukkan kita minat dengan anggukkan kepala, beri komen ringkas atau bahkan tanya untuk penjelasan lebih lanjut.

Ini bukan sahaja mengesahkan bahawa kita mendengar, tetapi juga menunjukkan rasa penghargaan terhadap apa yang mereka katakan.

Menerusi teknik ini, kita bukan sahaja dapat menjadi pendengar yang lebih baik tetapi juga membina hubungan baik dengan orang di sekitar kita.

Perkongsian mengenai teknik ini diolah semula oleh Amerdeen di TikTok yang banyak berkongsi tip menjadi pengacara pelbagai majlis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain