suria

Mesti ramai selalu buat, suka pilih dan ambil barang di belakang... Baru tahu rupanya ada maksud psikologi

Ada sebab psikologi di sebalik cara seseorang yang suka memilih barang di rak. -Gambar hiasan

PERNAH tak ketika berada di pasar raya, anda tiba-tiba tergerak hati untuk mengambil barang di rak yang disusun di belakang dan bukannya paling hadapan.

Jika ya, tidak mengapa kerana anda bukanlah keseorangan kerana ramai yang berbuat demikian.

Tanpa kita sedari, ada sebab psikologi di sebalik tabiat ini yang mana ia bukan hanya tentang kesegaran barang semata-mata.

Menurut Public Health Malaysia, tindakan tersebut berkait dengan cara kita membuat keputusan dan cuba mengelak risiko dalam kehidupan seharian.

1. Takut dapat barang yang kurang berkualiti

Kita semua pernah mengalami saat ragu-ragu apabila nak buat pilihan, walaupun untuk perkara kecil macam memilih barang di kedai.

Apabila kita ambil barang dari belakang, kita fikir barang itu lebih ‘terjamin’ dan segar, serta kurang disentuh oleh orang lain.

Kita sebenarnya sedang cuba mengelak risiko untuk mendapatkan barang yang mungkin kurang berkualiti atau rosak.

Ramai yang melakukan tabiat memilih barang dari bahagian belakang rak. -Gambar hiasan

2. Rasa perlu kawal sesuatu

Dalam dunia yang penuh ketidakpastian, kita sering mencari cara untuk merasa lebih berkuasa ke atas pilihan yang kita buat.

Tindakan kecil seperti memilih barang di belakang rak memberi rasa yang kita masih boleh membuat pilihan yang ‘lebih baik’.

Walaupun kecil, ia memberikan keyakinan bahawa kita sedang membuat keputusan yang lebih bijak dan selamat.

3. Mencari yang terbaik

Ramai orang percaya barang di belakang rak adalah yang terbaik, walaupun sebenarnya kualitinya mungkin sama dengan barangan di depan.

Tindakan ini dianggap sebagai cara untuk memastikan kita mendapatkan yang terbaik walaupun mungkin ia sekadar ilusi.

Tabiat tersebut mencerminkan keinginan kita untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam pelbagai aspek kehidupan.

Meskipun tabiat mengambil barang di belakang rak mungkin nampak agak lucu, ia sebenarnya menunjukkan usaha kita untuk mengawal risiko dan membuat pilihan yang lebih selamat.

Setiap tindakan kecil ini dipengaruhi psikologi yang mendalam, menggambarkan betapa kuatnya naluri kita untuk mengelak kesilapan termasuk dalam situasi seharian seperti membeli-belah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain