MESTI ramai dalam kalangan kita yang malas untuk bangun mencuci tangan di singki selepas menjamah sedikit makanan menggunakan jari. Cara yang paling mudah ialah dengan membasahkan jari jemari menggunakan air kondensasi yang terdapat pada gelas dan botol minuman sejuk di atas meja. Ramai yang pernah buat bukan? Walaupun ia nampak 'comel' dan praktikal, namun tindakan ini sebenarnya boleh mengundang risiko kesihatan yang tidak kita sedari. Menurut Public Health Malaysia, terdapat empat alasan kenapa air kondensasi tidak sesuai untuk mencuci tangan. Peluh pada botol sering digunakan untuk mencuci tangan. 1. Tak bersih Air kondensasi berasal daripada udara dan berpotensi mengandungi kotoran atau debu. 2. Tak mencukupi Jumlah air yang dihasilkan adalah sedikit dan tidak mencukupi untuk mencuci tangan dengan baik. 3. Tak bunuh kuman Air sahaja tidak dapat membunuh bakteria atau kuman yang mungkin ada pada tangan. 4. Kebersihan terjamin Penggunaan air bersih dan sabun adalah cara terbaik untuk memastikan tangan kita benar-benar bersih. Walaupun kelihatan segar, air kondensasi sama sekali tidak bersih kerana ia dihasilkan daripada wap air di udara yang menyentuh permukaan sejuk dan mengumpulkan pelbagai zarah dari persekitaran kita. Meskipun momen seperti ini mungkin kelihatan menarik dalam kehidupan seharian, kita tetap perlu utamakan penggunaan air bersih untuk tujuan kebersihan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube