suria

Kerap MC walau tak sakit, rakan sekerja kena 'cover' kerja... Ini patut anda buat kalau betul-betul nak cuti

Terlalu kerap mengambil cuti boleh memberi kesan buruk kepada rakan sekerja lain. -Gambar hiasan

MENGAMBIL cuti kecemasan atau medical certificate (MC) adalah hak pekerja apabila berdepan masalah kesihatan.

Namun apabila seseorang itu kerap mengambil MC, tindakan itu boleh menimbulkan masalah dalam organisasi atau sistem kerja.

Mungkin anda sangka tiada siapa yang peduli jika kerap mengambil MC, tetapi hakikatnya ramai yang sedar apa yang dilakukan anda.

Anda yang selalu tiada bukan sahaja mengganggu sistem kerja dan memberi kesan kepada staf lain, tetapi juga boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan sekerja.

Tindakan ini bukan hanya mempengaruhi produktiviti dalam pasukan (teamwork), tetapi juga boleh merosakkan semangat kerjasama antara pekerja.

The business woman is hurting at her heart and is in the office.

Individu lain perlu menanggung beban apabila rakan sekerja bercuti. -Gambar hiasan

Oleh itu, penting untuk anda yang tidak sakit mengetahui impak tindakan kerap mengambil MC terhadap orang lain dalam pasukan.

Jika benar-benar memerlukan cuti, pastikan anda berkomunikasi dengan baik serta menjelaskan situasi kepada majikan dan rakan sekerja.

Dengan cara ini, mereka akan lebih memahami keperluan anda dan dapat merancang pengagihan kerja dengan lebih baik.

Memastikan kehadiran yang konsisten bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi juga kepada seluruh pasukan.

Sebagaimana disarankan oleh Public Health Malaysia, anda dinasihatkan untuk menghargai masa dan usaha rakan sekerja serta berusahalah untuk menjaga keseimbangan antara keperluan peribadi dan tanggungjawab profesional.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain