suria

Jangan ‘bunuh’ anak dengan sosej! Rupanya ‘hot dog’ bukan daging sebenar, penyebab penyakit kronik

Makanan yang diproses mengundang bahaya kesihatan.

KESIBUKAN menguruskan kehidupan seharian mendorong ramai golongan ibu bapa mengambil jalan singkat dengan memberikan makanan yang diproses kepada anak-anak.

Namun tahukah anda, kajian menunjukkan bahawa makanan ini, terutamanya yang mengandungi bahan tambahan dan pengawet boleh membawa risiko besar kepada kesihatan manusia.

Terutama bagi kanak-kanak berumur lapan hingga dua belas tahun, pengambilan makanan seperti sosej dalam jumlah yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit kronik.

Kajian mendedahkan bahawa seorang kanak-kanak yang makan sebanyak 12 batang sosej dalam sebulan atau tiga batang seminggu berisiko tinggi untuk menghidap leukemia dan kanser otak.

Malah, risiko ini dapat meningkat sehingga 700 peratus kerana sosej bukanlah daging sebenar.

Screenshot-2020-07-14-at-12.02.04-AM

Berkongsi pengalaman, seorang ahli fisioterapi dikenali sebagai Izwan memberitahu perubahan dalam demografi pesakit di hospital sangat ketara.

Katanya dulu dia sering merawat warga emas, tetapi kini semakin ramai golongan muda yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Ini menunjukkan situasi membimbangkan dalam kesihatan masyarakat, di mana penyakit yang sebelum ini dianggap hanya dihidap oleh orang tua kini turut menyerang generasi muda.

Makanan diproses termasuk sosej dan daging burger sering mengandungi bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan yang tidak baik untuk kesihatan.

Bahan-bahan ini bukan sahaja berpotensi menyebabkan penyakit, tetapi juga boleh mengganggu sistem imun kanak-kanak yang sedang berkembang.

Makanan segera lebih berisiko jika diambil oleh kanak-kanak. -Gambar hiasan

Kanak-kanak memerlukan pemakanan seimbang dan semulajadi untuk memastikan pertumbuhan yang sihat dan optimal.

Kita perlu mengambil langkah proaktif dalam memastikan anak-anak tidak terdedah kepada risiko yang berpunca daripada makanan yang diproses.

Makanan yang sihat dan seimbang bukan sahaja penting untuk pertumbuhan fizikal, tetapi juga untuk perkembangan mental dan emosi mereka.

Dengan memilih makanan yang lebih semulajadi, kita dapat melindungi generasi akan datang daripada penyakit serius dan memastikan mereka mempunyai masa depan lebih sihat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain