AUTISM spectrum disorder (ASD) atau autisme adalah kelainan perkembangan saraf yang memengaruhi cara seseorang berkomunikasi dan berinteraksi dengan hal-hal di sekitarnya. Kebiasaannya, tanda-tanda awal autisme diketahui apabila kanak-kanak lambat bercakap, mengelak daripada bertentang mata ketika berbual, suka mengulangi perkataan dan tidak memberi reaksi ketika nama dipanggil. Bagaimanapun terdapat beberapa lagi simptom yang tidak diketengahkan pakar namun sering dilakukan penghidap sindrom autisme. Berdasarkan pengalaman sebagai pegawai psikologi dalam dunia pendidikan, Asfan Ash berkongsi empat gejala yang boleh diperhatikan pada kanak-kanak istimewa ini. 1. Rigid dalam rutin Anak istimewa ini tidak boleh diubah jadual atau rutin hariannya. Malah dia enggan melakukan perkara yang tidak biasa dibuat atau yang baru diketahui. Sebagai contoh, jika kebiasaannya menggunakan pinggan plastik, dia akan tunjuk cabaran tingkah laku apabila diberikan pinggan kaca. 2. Masalah deria dan sensori Kebanyakan kanak-kanak autisme alah kepada bunyi mesin pengisar, penyedut hampagas, motosikal, lori mahupun kipas angin. Bagaimanapun mereka begitu gemar melihat kipas berpusing dan tak tahan cuaca panas. Ada sesetengahnya mudah berasa benci pada baju tertentu selain terlampau suka bermain air dan wujud kecelaruan untuk makan benda yang bukan makanan (pica). Menurut Asfan, ada dalam kalangan muridnya yang selalu menggigit dan menjilat tingkap nako. Anak istimewa ini tidak boleh diubah jadual atau rutin hariannya. -Gambar hiasan 3. Nada suara mendatar Terdapat kanak-kanak austisme yang suka berkomunikasi, bagaimanapun nada suaranya lebih mendatar kerana pemprosesan emosi mereka yang berbeza. Dalam tempoh 10 tahun perkhidmatan, Asfan mendedahkan bahawa kurang daripada 10 murid yang petah bercakap mempunyai persamaan nada suara yang mendatar. Jelasnya, ia merujuk kepada intonasi suara yang sepatutnya berlaku bagi menggambarkan emosi ketika berkomunikasi, namun tidak wujud pada kanak-kanak autisme. 4. Tidak memahami jenaka Manusia normal dapat memahami jenaka dan gurauan yang dilakukan orang sekeliling, namun tidak bagi kanak-kanak autisme. Kebanyakan mereka beranggapan 'usikan' yang diterima adalah tanda pergaduhan. Gejala awal autisme pada kanak-kanak boleh dikesan lebih awal. -Gambar hiasan 5. Tidak memahami simpulan bahasa Tutur kata penghidap sindrom autisme adalah berdasarkan maksud literal. Oleh itu, apabila disebut berkenaan 'makan angin', mereka akan terus membuka mulut untuk angin masuk. 6. Mengeluarkan kata-kata kurang sopan Dalam kriteria yang disemak, ia dipanggil sebagai 'naive remark'. Naif atau jujur dalam percakapan adalah disebabkan mereka ada kelainan dalam pemprosesan kognitif dan emosi seterusnya sukar untuk mengetahui apa yang patut diucapkan atau sebaliknya. Sebagai contoh, mereka akan bertanya... kenapa pakcik gemuk?. Jika anda menerima ayat kurang sopan sebegitu, janganlah cepat berkecil hati ya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube