PENERAJU dalam peralatan rumah yang inovatif, Midea, memperkenalkan kempen promosi terbaharu, Jualan Mega Kombo Midea – Jimat BESAR, Menang BESAR. Pelanggan bukan sahaja memperoleh penjimatan yang besar ketika berbelanja, malah berpeluang memenangi hadiah yang luar biasa! Hanya tiga langkah mudah, anda boleh membeli mana-mana produk Midea daripada pengedar sah atau melalui kedai dalam talian rasmi. Kemudian, imbas kod QR dan hantar borang penyertaan, sekali gus pelanggan layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan sebanyak 100 hadiah menarik. Kempen ini merupakan peluang keemasan untuk para pengguna yang sedang mencari peralatan rumah berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan sepanjang tempoh promosi berlangsung. Bermula 1 September hingga 31 Oktober 2024, kempen yang berlangsung selama dua bulan ini menjanjikan pelbagai penjimatan besar di samping peluang memenangi hadiah menarik dengan setiap pembelian produk Midea. Peluang ini juga tidak seharusnya dilepaskan oleh individu yang berhasrat untuk mempertingkatkan gaya hidup rumah di samping menjadikan produk canggih dan inovatif daripada Midea. Menariknya tentang kempen ini, hadiah yang disediakan juga amat berguna dan dapat membantu memberi nilai tambah terhadap kualiti serta pengurusan kehidupan seisi keluarga. Antara tawaran hadiah utama yang mencuri tumpuan adalah kereta Proton S70, manakala dua pemenang bertuah lagi akan membawa pulang skuter Honda Beat. Pelanggan Midea boleh menyertai kempen penjimatan yang besar dan mudah. Selain itu, terdapat hadiah istimewa lain termasuk tiga unit peti sejuk Inverter Quattro Side-by-Side 660L, tiga unit pengering pam haba 9.0KG, lima unit penyaman udara Inverter 1.0HP 5 Bintang. Tidak ketinggalan juga adalah hadiah menarik lain yang merangkumi peralatan rumah seperti 10 unit pencuci lantai tanpa kord, 10 unit mesin pencuci pinggan dan 20 unit penggoreng udara digital 7.0L serta 50 unit kipas sirkulasi dengan alat kawalan jauh. Pelanggan turut akan menerima hadiah percuma dengan pembelian model terpilih, yang menjadikan pengalaman membeli-belah mereka lebih berbaloi. Antara hadiah percuma yang ditawarkan termasuk pemanas air Midea, periuk nasi digital 1.8L, dan ketuhar gelombang mikro Midea 20L. Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini dan mencari pengedar sah terdekat atau pelanggan dengan melayari laman web rasmi Midea. Pelanggan juga boleh mengikuti akaun rasmi Midea Malaysia di Facebook, facebook.com/MideaMalaysia; Instagram, Instagram.com/midea_malaysia; TikTok: tiktok.com/@midea_malaysia; Xiao Hong Shu: Midea Malaysia untuk kemas kini serta pengumuman terkini sepanjang kempen ini berlangsung. Midea merupakan jenama global yang terkenal dan komited dalam menyediakan peralatan rumah yang inovatif dan berkualiti tinggi. Dengan lebih 55 tahun pengalaman dalam industri, Midea terus memperkenalkan teknologi terkini yang merevolusikan cara hidup pengguna di seluruh dunia, memberi keselesaan dan kemudahan di rumah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube