suria

Durian asli atau crepe? Banyak sebab raja buah pilihan terbaik berbanding pencuci mulut

Isi durian asli adalah pilihan lebih nutrisi berbanding crepe.

DURIAN yang dikenali sebagai raja buah bukan sahaja menawarkan rasa unik tetapi juga pelbagai manfaat kesihatan.

Jika anda mencari pilihan lebih padat nutrien dan semula jadi, durian asli adalah pilihan lebih baik berbanding yang sudah diproses dan diolah menjadi pencuci mulut seperti durian crepe.

Menurut Public Health Malaysia, isi durian mengandungi gula semula jadi dan lemak sihat, menjadikannya sumber tenaga yang lebih seimbang.

Ia juga kaya dengan vitamin C dan mineral seperti potasium yang penting untuk kesihatan tubuh.

Sebaliknya, durian crepe mengandungi kalori, gula dan lemak yang lebih tinggi terutamanya disebabkan oleh tambahan krim putar dan adunan crepe.

Durian crepe merupakan pilihan kurang sihat.

Ini menjadikan pencuci mulut durian crepe pilihan yang kurang sihat jika anda ingin menjaga pengambilan nutrien.

Memilih durian asli membantu anda mendapatkan semua kebaikan semula jadi berbanding durian crepe yang tinggi dengan kandungan lemak sehingga boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan dan masalah kesihatan lain jika diambil berlebihan.

Jadi, jika anda ingin menikmati kebaikan durian sepenuhnya maka pilihlah durian asli.

Ia adalah pilihan yang lebih sihat, penuh dengan nutrien dan memberikan manfaat lebih baik untuk tubuh anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain