suria

Dah berzaman buat, rupanya bahaya simpan telur di ruang tepi pintu peti ais... Ini penjelasan pakar

Suhu pada pintu peti ais berubah-ubah kerana kerap dibuka dan ditutup. - Getty Image/Istock Photo

RAK berlubang pada tepi pintu peti sejuk biasanya disediakan untuk memastikan telur tersusun dengan baik dan tidak mudah pecah.

Penyimpanan telur di dalam peti sejuk mampu mengekalkan kualiti dan kesegarannya sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih lama berbanding disimpan di tempat biasa.

Tapi terdapat bahaya yang mungkin timbul sehingga menjejaskan kesihatan jika anda menyimpan telur di bahagian tersebut.

Suhu pada pintu akan berubah-ubah apabila kerap dibuka dan barangkali akan membuatkan jangka hayat telur menjadi lebih pendek.

Photo of fried egg and half boiled egg. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Telur merupakan makanan kaya protein dan digemari ramai.

Pakar penyimpanan makanan, Vlatka Lake menjelaskan kulit telur yang dibiarkan pada suhu bilik boleh 'berpeluh' sekali gus menyebabkan pergerakan bakteria ke bahagian dalam.

Ia boleh membuatkan anda jatuh sakit sekiranya makan telur yang sudah terdedah pada kuman.

Sebaiknya, simpan telur di bahagian rak atas atau tengah peti sejuk dan letakkan ia di dalam karton atau sarang khas.

Karton berfungsi untuk melindungi liang-liang telur daripada menyerap bakteria atau bau yang tidak diingini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain