KESIBUKAN kerja mahupun rutin harian di rumah amat melelahkan. Maka tidak hairanlah apabila ada yang sukar bangun pagi pada keesokan harinya seolah-olah tubuh tidak mendapatkan rehat yang cukup. Jika anda mengalami masalah yang sama, cuba lakukan tip yang dikongsikan usahawan yang juga pengembara, Tag Jones ini supaya berasa lebih segar ketika bangun dan tidak mengalami sakit-sakit badan. Ia berdasarkan amalan dan pengalamannya sendiri. 1. Jangan makan makanan berat selepas pukul 6.30 petang Makan lewat malam bukan sahaja menyukarkan anda untuk tidur, tetapi boleh memudaratkan kesihatan dan menjadi punca berlakunya obesiti. Oleh itu banyak kajian yang menyarankan agar makan malam dinikmati sebelum pukul 7 malam supaya organ penghadaman tidak dibebankan dengan proses pencernaan seterusnya memudahkan anda untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Elakkan screen time selepas pukul 10 malam bagi mendapatkan tidur yang berkualiti. 2. Masuk bilik tidur pada pukul 10 malam Tidur lewat sering menjadi punca anda sukar bangun pagi kerana jumlah waktu tidur tidak mencukupi. Malah anda juga cenderung untuk mengalami masalah tidur sekiranya terlepas waktu yang disarankan pakar kesihatan ini. Apa kata anda mengikut rutin harian Tag Jones bagi memiliki tidur yang sempurna supaya mudah bangun pagi. 3. Elakkan screen time apabila berada di dalam bilik Segelintir individu merasakan waktu rehat adalah dengan melayari media sosial, menonton filem mahupun 'bersembang' bersama rakan-rakan menerusi telefon pintar. Bagaimanapun, kesan cahaya biru atau blue ray daripada peranti yang digunakan akan menyebabkan anda sukar untuk tidur selepas melayarinya pada waktu malam. Jadi elakkan daripada menggunakannya termasuk menonton televisyen apabila anda sudah berada di dalam bilik tidur ya. Teh hijau dapat meningkatkan kecergasan jika diamalkan pada waktu pagi. 4. Letak telefon jauh daripada capaian anda Selagi mudah mencapai telefon pintar, selagi itulah anda akan cuba melayari media sosial dan berhubung dengan rakan mahupun keluarga. Cuba letakkan gajet di tempat yang sukar dicapai supaya anda tidak 'bergantung' padanya. 5. Minum dua cawan teh hijau setiap pagi Bagi mengekalkan kecergasan di waktu pagi, Tag Jones turut mengamalkan dua cawan teh hijau sebelun pukul 12 tengah hari. Selain memastikan anda tidak kelesuan, ia juga dapat membantu mengekalkan kelangsingan tubuh. Para wanita, bolehlah amalkan ya supaya kekal awet muda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube