suria

Beringat sebelum kena! Isteri perlu amalkan 5 SOP ini jika suami nak pinjam duit, peguam syarie ajar elak menyesal kemudian hari

Isu kewangan boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri. -Gambar hiasan

DALAM konteks hubungan suami isteri, perkongsian hidup bukan sahaja melibatkan soal kewangan, tetapi juga perasaan, masa dan juga tanggungjawab.

Bercakap soal kewangan, mungkin ada sesetengah pasangan yang mengamalkan konsep berkongsi melibatkan perbelanjaan dapur, komitmen, anak-anak dan sebagainya.

Tidak salah sekiranya setiap perbelanjaan tersebut adalah persetujuan yang dicapai sebulat suara.

Tapi bagaimana pula situasinya jika si suami meminjam duit daripada isterinya kerana kekangan kewangan?

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam ajar cara isteri mohon cerai jika suami zina, foto aib dengan skandal mungkin 'tak laku' sebagai bukti mahkamah

Ia mungkin bukan satu isu yang besar jika perkara tersebut jarang berlaku.

Namun jangan ambil ringan, perkara ini berpotensi menjadi punca keretakan rumah tangga sehingga membawa kepada penceraian.

Story on spike in domestic violence.—SAMUEL ONG/The Star

Langkah yang dikongsikan oleh peguam ini amat bermanfaat terutama bagi kes wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. -Gambar hiasan

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang peguam syarie, Fahmi Ramli berkongsi lima perkara yang isteri perlu lakukan jika mahu meminjamkan wang atau barang berharga kepada suami.

1) Catat dan buat perjanjian bertulis

Bukan mahu berkira dengan suami, tetapi al-Quran ada menyebut tentang perkara penting melibatkan hutang. Perlu diingat, kalau pun mungkin anda tak bercerai hidup, tapi pasti akan ada kematian.

Kalau suami mati dalam keadaan dia berhutang dengan isteri, macam mana anda nak beritahu bahawa suami ada buat pinjaman kepada anda di mahkamah?

2) Dokumen harta yang nak diberi pinjam

Ramai isteri yang pernah bagi pinjam harta seperti barang kemas untuk digadai oleh suami. Pastikan anda menyimpan dokumen seperti surat pajak barang.

Begitu juga dengan wang, pastikan anda menyimpan wang di bank supaya ada bukti setiap transaksi.

Indonesian maid Yatin Misorah, 33 calculate the receipt of the amount of money that has been sent to its hometown in Indonesia throughout the year 2021. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Isteri disarankan menyimpan apa jua resit yang berkaitan sebagai bukti. -Gambar hiasan

3) Jangan bagi duit serahan tangan atau cash deposit

Ini kesilapan yang paling besar kalau nak bagi pinjam duit pada suami. Kalau by hand, tak ada bukti anda bagi pinjam.

Namun kalau cash deposit, resit itu akan pudar. Suami juga boleh menafikan yang anda bagi duit sebagai pinjaman sahaja.

4) Sediakan saksi

Kena ada saksi yang tahu tentang hutang yang anda beri, siapa pemiutang dan siapa penghutang.

Ingat, kalau anda tuntut di Mahkamah, saksi itu adalah bukti penting. Kalau menangis air mata darah sekalipun di hadapan hakim, itu bukan bukti.

5) Perbualan WhatsApp, emel atau mesej

Perbualan atau apa jua bentuk interaksi perlu disimpan sebagai bukti wujudnya hutang oleh suami.

Kesimpulannya, tidak salah jika beringat dan membuat persediaan lebih awal.

Bukan bermaksud berkira tetapi agar diri tidak ditindas sewenang-wenangnya oleh pasangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain