TENAGA Nasional Berhad (TNB) memperbaharui program ‘Memperkasa Masa Depan’ (Powering The Future) untuk tahun kedua berturut-turut, dengan kerjasama Kumpulan Media The Star (SMG). Siri pembelajaran yang melibatkan sekolah-sekolah di beberapa negeri ini merupakan sebahagian daripada Malaysia Energy Literacy Program (MELP). Penglibatan sekolah dalam program ‘Memperkasa Masa Depan’ bertujuan untuk mendidik pelajar dan golongan muda tentang penjimatan tenaga, dengan matlamat untuk memupuk pemimpin tenaga masa depan. Selepas kejayaan di Lembah Klang pada tahun 2023 dengan penglibatan seramai 890 murid dari 10 sekolah, program tersebut kini diperluaskan ke 60 lagi sekolah di seluruh Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor. Ketua Pegawai Retail TNB, Kamal Arifin A. Rahman berkata, pihaknya berhasrat untuk meneruskan siri program untuk tahun ini berdasarkan maklum balas memberangsangkan daripada guru-guru serta para pelajar. Para pelajar di Sekolah Kebangsaan St Michael, Perak diberi pelbagai tugasan yang memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan. Beliau turut menegaskan adalah menjadi komitmen TNB untuk mendidik generasi muda Malaysia mengenai tenaga dan kelestarian. Inisiatif ini direka khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di sekolah kebangsaan di kawasan bandar dan pinggir bandar. Matlamat utama adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang keselamatan tenaga, mempromosikan kecekapan tenaga, serta menggalakkan amalan lestari. Aktiviti berkumpulan memupuk kreativiti dalam kalangan pelajar di SMK Kota Masai, Johor. Bengkel interaktif Seiring dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, TNB turut sama komited dalam mencapai sasaran 40 peratus penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) menjelang tahun 2035. Bagi memenuhi hasrat ini, golongan muda perlu diberi pendedahan yang sewajarnya mengenai tenaga. Para pelajar SK Tengkera Dua, Melaka bersemangat untuk menjawab soalan. TNB mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan program ‘Memperkasa Masa Depan’, konsep bengkel interaktif yang dirangka untuk meningkatkan minat dan pemahaman pelajar. Bengkel menarik ini memberi fokus kepada topik penting seperti keselamatan tenaga, tip kecekapan tenaga, dan kelebihan tenaga boleh diperbaharui. Melalui aktiviti yang menyeronokkan dan menyeluruh, pelajar turut diberi peluang untuk membangunkan kemahiran kepimpinan, keyakinan diri, dan pemikiran hijau. Para pelajar SK Jalan Hamilton, Pulau Pinang teruja menyertai aktiviti yang diadakan. Bengkel ‘Memperkasa Masa Depan’ membantu pelajar memahami kepentingan mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil, mengurangkan pelepasan gas rumah kaca, serta peralihan kepada sumber tenaga yang lebih bersih. Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pendekatan menyeluruh ini ternyata memberikan pelajar perspektif tempatan dan global mengenai amalan tenaga lestari. Asas kepimpinan Dengan menyediakan pelajar pengetahuan dan alat yang praktikal, ‘Memperkasa Masa Depan’ menggalakkan mereka menjadi pemimpin peer-to-peer (P2P) dalam pemuliharaan tenaga dan pembangunan lestari di komuniti masing-masing. Para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi, Pulau Pinang turut mengambil bahagian. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan generasi muda sebagai pendukung kelestarian. Usaha ini diharap dapat memupuk sikap jangka panjang yang menjadikan amalan keselamatan serta kecekapan tenaga sebahagian daripada kehidupan harian pelajar dan keluarga mereka. Legasi masa depan Secara keseluruhan, siri program pada tahun ini menyaksikan penglibatan seramai 4,545 pelajar di seluruh Semenanjung, terdiri daripada 2,276 murid sekolah rendah dan 2,269 pelajar sekolah menengah. Berdasarkan sambutan yang amat memberangsangkan terutamanya lebih banyak penyertaan sekolah-sekolah, TNB menyebarkan mesej penggunaan tenaga secara bertanggungjawab dan kelestarian kepada khalayak dengan lebih meluas. Para pelajar SMK Taman Damansara Aliff, Johor mengabadikan kenangan selepas menyertai program ‘Memperkasa Masa Depan’. Dengan menekankan hubungan antara penggunaan tenaga dan kesan alam sekitar, inisiatif ini membantu pelajar menyedari peranan mereka dalam membentuk masa depan yang lebih bersih dan lestari. Pelaburan dalam generasi muda amat penting bagi membentuk legasi pemimpin yang sedar akan kepentingan alam sekitar dan menjadi pendukung utama kelestarian tenaga untuk masa depan yang lebih baik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube