suria

Doktor dedah ramai ibu hamil silap langkah minum air selusuh... Nak mudah bersalin punya hal, bayi berisiko lemas

Air selusuh dikatakan dapat membantu memudahkan proses kelahiran. -Gambar hiasan

AIR selusuh sangat popular bagi masyarakat Melayu.

Ia dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan diberikan kepada ibu hamil yang sudah menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan bayi atau sedang mengalami kontraksi.

Namun begitu, sebenarnya air selusuh boleh memberi kesan sampingan kepada ibu dan bayi dalam perut jika salah penggunaannya.

Seorang wanita yang dikenali sebagai @huwaidahathirah turut berkongsi pengalamannya bersalin dua cahaya mata dengan mengamalkan air selusuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut kelahiran cahaya pertama, mak ayah jangan lupa daftar anak! Ini senarai semak dokumen perlu dibawa ke JPN

"Ramai yang ingat okay, takpe je. Korang tahu tak, ramai yang salah sangka sebenarnya yang bahaya tu, air selusuh yang ada campuran akar kayu.

"Ada sesetengah orang buat air selusuh dengan campur akar-akar kayu, akar Fatimah (Rose of Jericho) dan herba-herba yang menyebabkan hormon oksitosin muncul.

"Jadi bayangkan jalan untuk baby keluar tak 'buka' lagi, tapi dah ada contraction. Sebab tu banyak kes baby meninggal dalam perut ataupun emergency caesarean akibat minum air selusuh campuran," kongsinya.

selusuh 3

Pengambilan minuman yang mengandungi herba tertentu dikhuatiri memberi risiko kepada ibu dan bayi. -Gambar hiasan

Wanita tersebut turut berkongsi cara membuat air selusuh yang betul iaitu dengan hanya menggunakan ayat suci al-Quran.

"Air boleh dibacakan oleh suami, dengan niat dan doa dalam hati supaya urusan isteri bersalin dipermudahkan," kongsinya lagi.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak turut tidak menggalakkan penggunaan air selusuh atas sebab-sebab tertentu.

"Selusuh melibatkan hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.

"Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba, selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia aktif di dalamnya.

"Secara peribadinya, saya tidak menggalakkan penggunaan air selusuh yang mengunakan bahan-bahan seperti yang saya nyatakan tadi.

selusuh 2

Salah satu herba popular yang sinonim untuk wanita hamil. -Gambar hiasan

Dr Muhammad Izzat turut menyatakan sebab mengapa dia secara peribadinya tidak mengalakkan amalan minum air selusuh campuran bahan berkenaan, iaitu:

- Ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin digalakkan berpuasa, sebagai persediaan jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean. Jika air selusuh diberikan kepada wanita-wanita nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada mereka.

- Air selusuh seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa.

- Kontraksi yang kerap akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain