MASUK ke hutan untuk melakukan aktiviti seperti mendaki, berkhemah atau mencari rezeki sewajarnya memerlukan persiapan fizikal dan mental. Ini kerana selain daripada keindahan alam semula jadi yang menanti, terdapat pelbagai risiko yang perlu dihadapi antaranya sengatan serangga berbisa, seperti tebuan atau lebah. Tebuan atau lebah selalunya jarang menganggu orang sehingga koloninya diusik kerana merasakan habitat mereka diancam bahaya. ARTIKEL BERKAITAN: Doktor akui bisa tebuan bukan calang-calang, tapi banyak sebenarnya cara elak diri ‘diserang’ - “Patutlah ada peribahasa jangan dijolok sarang tebuan” Bisa serangga ini sememangnya boleh mengundang kemudaratan serius terutamanya jika tidak ditangani dengan cepat, malah sudah banyak kes kematian dilaporkan akibat terkena sengatannya. Tebuan atau lebah lazimnya tidak akan mengganggu manusia kecuali jika rasa terancam. -Gambar hiasan Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang pelayar berkongsi petua orang lama untuk merawat sengatan bisa serangga ini: Petua pertama: - Ambil seinci halia dan dua ulas bawang putih. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sehinga lumat, kemudian tekapkan bahan tadi pada bahagian yang terkena sengatan. Petua kedua: - Sebiji lobak merah, sedikit cuka. Ambil sebiji lobak merah, parut atau tumbuk sehalus mungkin. Campurkan dengan sedikit cuka dan gaul hingga sebati. Sapukan campuran tadi pada tempat yang terkena sengatan. Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya kesakitan tidak beransur pulih. -Gambar hiasan Petua ketiga: - Segumpal tanah, air kelapa dan sedikit garam. Campurkan sedikit garam dengan air kelapa, kemudian titiskan pada segumpal tanah. Campuran bahan tadi disapukan pada tempat yang terkena sengatan. Petua ini adalah ikhtiar sementara yang boleh dicuba bagi meredakan dan menghilangkan bisa sengatan. Bagaimanapun harus diingat, jika bengkak dan sakit masih berlarutan, segeralah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube