suria

Ibu ayah jangan cepat naik angin jika anak kerap menangis waktu pagi... Cuba dulu 7 tip ini, fahami emosi si kecil

Memujuk anak yang menangis dapat menenangkan dan membuatkan si kecil berasa selamat. -Gambar hiasan

PASTI ramai dalam kalangan kita mengalami situasi anak kecil sering menangis pada waktu pagi, atau secara tepatnya, sebaik bangun daripada tidur.

Kadang-kala tangisan si anak masih berpanjangan walaupun sudah cuba dipujuk oleh ibu atau bapa.

Boleh stres jadinya apabila pujukan 'tak jalan' hingga rutin harian pun terjejas dek kerana anak mengamuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak salah nak kahwin baru, tapi si duda jangan buat-buat lupa nafkah anak... Ini senarai semak elak zalimi zuriat sendiri

Bagi ibu bapa yang kerap berdepan dengan situasi seperti ini, cuba amalkan tip yang dikongsikan seorang kaunselor laktasi, Nas Masrom, mengenai cara untuk uruskan anak menangis.

Berikut adalah tujuh tip yang dikongsikan beliau:

1) Dengar dengan empati

Duduk atau tunduk pada paras mata anak dan beri perhatian sepenuhnya. Dengarkan apa yang anak cuba sampaikan melalui tangisannya, sama ada kerana rasa tidak puas hati, takut atau kecewa.

ILLUSTRATION - Ein Maedchen sitzt am 07.04.2013 in einem Kinderzimmer in Berlin auf ihrem Bett und weint (gestellte Szene). Foto: Silvia Marks

Anak menangis pada waktu pagi boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, antaranya mimpi atau rasa kurang selesa. -Gambar hiasan

2) Tenangkan anak

Gunakan suara lembut dan kata-kata yang menenangkan seperti, 'ibu ada di sini'. Pelukan atau sentuhan lembut boleh membantu anak rasa selamat.

3) Kenali punca tangisan

Tanya anak dengan lembut. Contohnya 'apa yang buat adik rasa sedih?' atau 'boleh beritahu ibu/ ayah apa yang adik tak suka?'. Ini membantu anak belajar mengenal dan menyampaikan emosinya.

4) Validasi emosi

Akui perasaan mereka tanpa menolak. Contohnya, 'ibu tahu adik rasa marah sebab tak dapat main lagi', atau 'ibu faham adik sedih sebab kena bangun pagi'. Ini menunjukkan bahawa perasaan mereka juga diambil berat.

A child may feel insecure and abandoned if the loss is of a parent or their main caregiver, so do provide them with as much love and reassurance as possible. — PP

Anak kecil akan berasa selamat apabila dipujuk dan ditenangkan. -Gambar hiasan

5) Alihkan perhatian dengan aktiviti positif

Selepas anak sedikit tenang, cuba alihkan perhatian mereka kepada sesuatu yang menyeronokkan, seperti bersarapan bersama, memilih pakaian untuk hari itu, atau menyanyikan lagu kegemaran.

6) Bimbing cara mengungkapkan emosi

Ajarkan anak meluahkan perasaannya. Contohnya, 'kalau menangis, ibu tak faham. Adik kena cakap apa yang adik tak suka'. Ini membantu anak mengurus emosi dengan lebih baik pada masa hadapan.

7) Jadual pagi yang konsisten

Pastikan rutin pagi anak konsisten dan menenangkan, seperti bangun dengan aktiviti menyeronokkan atau mempunyai masa mencukupi untuk bersiap (jika ke sekolah atau sebagainya). Kurangnya tekanan waktu pagi dapat mengurangkan tangisan anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain