suria

Ini alasan alasan paling kukuh lelaki kena berhenti merokok sebelum kahwin... Fikir soal zuriat!

Tabiat merokok boleh memberi kesan terhadap kandungan dan bayi. -Gambar hiasan

RISAU tentang tabiat merokok suami anda? Ini adalah kebimbangan besar bagi ramai wanita.

Ini kerana merokok boleh menjadi punca utama pasangan lambat mendapat cahaya mata, malah ia juga boleh mempengaruhi perkembangan janin dan menjadi punca kelahiran pramatang.

Menurut laman web Pusat Penyelidikan Kesuburan Prashanth, wanita hamil yang terdedah kepada asap rokok pasif lebih berisiko untuk mengalami kesan-kesan berikut:

- Kematian bayi dalam kandungan

- Kelahiran pramatang

- Berat bayi rendah

- Sindrom kematian bayi secara tiba-tiba

A guy seens smoking at a public area in Kl town, story on the GEG Bill will to be tabled in Dewan Rakyat. — FAIHAN GHANI/The Star

Ramai yang terus merokok walaupun mereka tahu kesan buruknya terhadap kesihatan. -Gambar hiasan

Sebelum hamil

Jika suami anda seorang perokok ringan atau tegar, anda boleh menghadapi kesan negatif yang teruk ketika sedang mencuba untuk hamil.

Ia merosakkan kualiti sperma dan mengurangkan peluang untuk hamil walaupun selepas mencuba hubungan seksual berkali-kali.

Penyelidikan juga mendapati kadar kemandulan lebih tinggi dalam kalangan pasangan dengan suami yang minum alkohol atau merokok.

Ketika hamil

Asap rokok boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan dan menyebabkan komplikasi serius yang menghalang pertumbuhan janin.

Jadi wanita hamil, pastikan anda tidak mengamalkan tabiat alkohol atau merokok dan jangan pernah mendekati orang yang merokok.

Janin dalam kandungan mungkin mengalami:

- Pertumbuhan dan perkembangan yang lebih perlahan atau berkurang.

- Meningkatkan peluang kecacatan kelahiran seperti bibir sumbing dan lelangit sumbing.

- Pergerakan bayi dalam kandungan menjadi kurang dan lebih lemah selepas satu jam merokok setiap rokok.

- Menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan otak dan paru-paru bayi.

Artikel Lain