suria

Anak tak pandai, IQ rendah... Mak ayah cuba semak semula pemakanan mereka

Ibu bapa juga menjadi punca prestasi anak merosot dalam pelajaran. -Gambar hiasan

IBU bapa sering mengeluh apabila anak mereka menunjukkan prestasi akademik yang kurang cemerlang di sekolah. 

Namun, tanggapan bahawa kelemahan ini disebabkan oleh faktor genetik atau ketidakupayaan anak untuk menjadi budak pandai mungkin tidak tepat. 

Sebenarnya, makanan yang diberikan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif (otak) kanak-kanak. 

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang tinggi gula dan diproses boleh memberi kesan negatif terhadap kecerdasan kanak-kanak.

Ulasan mengenai bagaimana pemakanan yang tidak sihat mempengaruhi IQ kanak-kanak itu adalah berdasarkan kajian dilakukan di United Kingdom dan Kanada.

Dalam masyarakat moden, makanan berproses seperti gula-gula, coklat, roti proses, serta daging proses seperti nugget dan sosej menjadi sebahagian daripada diet harian kanak-kanak.

Pengambilan makanan ini sering dianggap normal oleh ibu bapa tanpa menyedari kesan jangka panjangnya terhadap perkembangan kognitif anak mereka.

Terdapat pelbagai faktor anak tidak dapat belajar dengan baik di sekolah.  -Gambar hiasan

Kesan makanan berproses terhadap IQ kanak-kanak

Makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak tepu sering dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kesihatan, termasuk obesiti dan penyakit metabolik. 

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa pemakanan tidak sihat ini boleh menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak. 

Kajian yang dijalankan ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan antara pengambilan makanan berlemak dan bergula dengan penurunan tahap IQ kanak-kanak.

Dalam kajian tersebut, ibu bapa diminta menjawab soal selidik mengenai kekerapan pemberian makanan ringan kepada anak-anak mereka. 

Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil makanan berlemak dan bergula secara kerap pada usia tiga tahun mencatatkan IQ yang lebih rendah ketika mereka berusia lapan setengah tahun, berbanding kanak-kanak yang mengamalkan diet lebih berkhasiat.

Pola pemakanan memberi pengaruh kepada perkembangan kognitif anak. -Gambar hiasan

Cadangan untuk pemakanan sihat

Bagi memastikan perkembangan kognitif yang optimum, ibu bapa disarankan untuk mengubah pola pemakanan anak-anak dengan memperkenalkan makanan yang lebih sihat. 

Makanan semula jadi atau 'real food' seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein berkualiti tinggi serta karbohidrat kompleks harus menjadi keutamaan dalam diet harian kanak-kanak. 

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia