suria

Say no to cash... selama 36 tahun bergantung hidup dengan baucer, cara lelaki Jepun ini memang menakjubkan!

Kiriya Hiroshi hanya bergantung hidup kepada baucer selama 36 tahun.

PERCAYA atau tidak lelaki ini tidak pernah menggunakan wang tunai untuk meneruskan kehidupan seharian sebaliknya hanya bergantung kepada baucer untuk membeli keperluan seharian termasuk makanan.

Ia kedengaran mustahil tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang warga emas berasal dari Jepun iaitu Kiriya Hiroshi sejak 36 tahun lalu!

ARTIKEL BERKAITAN: Stylo habis! Selepas dua dekad bergelar tentera, lelaki berusia ini kini antara model terkenal di India

Sepanjang tempoh itu katanya, dia tidak pernah menggunakan wang tunai bagi membeli barang keperluan seperti beras, minyak, pakaian, kasut dan sebagainya.



Dompet Kiriya bukan berisi wang tetapi baucer.

Kiriya memberitahu dia merancang perbelanjaannya dan tidak akan sesekali berbelanja sesuatu barang melebihi nilai baucer dimilikinya.

Dia juga hanya menggunakan basikal untuk bergerak ke sesuatu tempat dan tidak hidup dalam keadaan mewah.

Malah lelaki berusia 71 tahun itu turut menyewakan beberapa bilik di rumahnya kepada penyewa sebagai langkah penjimatan dan menambah pendapatan.

Hasilnya? Selepas 16 tahun, Kiriya berjaya membeli tiga rumah idamannya sekaligus!



Lelaki ini makan di restoran menggunakan baucer.

Kiriya memberitahu dia berhenti menggunakan wang tunai ketika usianya 35 tahun selepas berjinak-jinak dengan pelaburan saham yang memberi keuntungan kepadanya.

Jelasnya, sistem pasaran saham di Jepun membolehkan pelabur mendapat baucer sebagai ganjaran sekiranya pelaburan mereka mendatangkan keuntungan.

Sehingga kini, nilai saham miliknya telah mencecah 300 juta Yen (RM1.2 juta) hasil pelaburan menerusi 900 syarikat.

Kebanyakan syarikat yang dilaburnya akan memberinya baucer dengan jumlah yang lumayan setiap tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pelaburan, baucer, kehidupan, saham, figura, Jepun, yen

Artikel Lain